Hiburan By: Padin March 6, 2022 @ 12:09pm

#RoadToAJL36: Banyak Elemen Kejutan, Ada Pertarungan Vokal 2 Penyanyi Wanita? Ini Ramalan Siapa Juara Lepas Tonton Full Dress Rehearsal AJL 36…

Bakal berlangsung malam ini, Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) menyaksikan pertempuran sengit 12 lagu hebat yang mempunyai kualiti tersendiri.

Pastinya ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan persembahan finalis solo, duet, berkumpulan dan kolaborasi penyanyi-penyanyi hebat tempatan dalam meraih gelaran juara.

XTRA sempat meninjau persediaan 12 finalis menjalani ‘full dress rehearsal’ yang berlangsung malam tadi dan semuanya hebat-hebat belaka.

Selepas menonton sesi latihan menuju malam kemuncak, semua finalis mempunyai peluang yang sama untuk meraih trofi berprestij AJL 36.

Persembahan masing-masing? Ada yang terbang, ada yang tidur, ada berenang, ada yang merangkak… Fuhh, macam-macam ada!

Susah sebenarnya nak agak siapa yang bakal bergelar juara untuk edisi penganjuran kali ini kerana semua lagu mempunyai kekuatan tersendiri.

Mimpi, Sepi, Boneka, Pelukan Angkasa, Lara atau Salahku dirasakan mempunyai peluang untuk berada di kedudukan tiga teratas di AJL 36 malam ini.

Tapi mungkin Intan Payung, Purnama, AEWO, Cinta, Angkara atau Nafas Cinta mempunyai tempat di kedudukan teratas nanti? Kita tunggu persembahan malam ini!

Bagi kategori vokal terbaik, tumpuan harus diberikan kepada Aina Abdul dan Marsha Milan.

Tidak lupa juga vokalis bersuara hebat seperti Siti Nordiana, Haqiem Rusli dan pengganti Ernie Zakri.

Mereka menunjukkan prestasi vokal yang tidak boleh disangkal, memang ‘goosebump’! Masa rehearsal pun, bila dengar kawalan vokal mereka dah membuatkan ramai meremang bulu roma, apatah lagi malam ni kan? Mesti lagi power!

Pengarahan muzik AJL 36 yang diketuai oleh maestro ternama, Datuk Ramli MS membuatkan susunan melodi 12 lagu yang bertanding kedengaran sangat indah, ‘eargasm’ dibuatnya!

Selain itu, kreativiti finalis juga tak boleh disangkal kerana banyak kejutan yang bakal dipersembahkan malam ini.

Jangan lupa tonton AJL 36 yang dihoskan oleh Alif Satar dan Nabila Huda malam ini, jam 9 malam hanya di TV3.

Saksikan juga acara karpet merah AJL 36 pada jam 8.30 malam ini di TV9 yang diacarakan oleh Sissy Imann dan Sean Lee.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 3 Mar 2023
Hiburan Thu, 26 Apr 2018

Bercakap Makin Tak Jelas, Doakan Fendy Bakry!

Makin lemah dan pertuturannya semakin tidak jelas. Sampai pegang telefon pun tidak boleh…Sama-sama kita doakan agar kesihatan Fendy pulih seperti sedia kala. Ameen!

Trending Tue, 9 Feb 2021

‘Shooting’ Kini Dibenarkan Kecuali… – MKN

Alhamdulillah, Tapi SOP jangan dilupakan!

Hiburan Sun, 27 Aug 2023

Perkongsian Nur Fazura Sentuh Hati Netizen… Pernah Tak Dihargai, Pilih Jauhkan Diri Demi Ketenangan Diri – “Sudah Cukup Kecewa Di Hati…”

Hmm siapa yang tak pandai menghargai tu? Tapi min setuju dengan Fazura, ketenangan diri lebih penting

Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Hiburan Wed, 23 Mar 2022
Hiburan Tue, 18 Jun 2019

‘Bukan Sebab Orang Ketiga’- Sam Bunkface Jawab Dakwaan Perkahwinan Bermasalah

Sam menyifatkan masalah sebagai asam garam dalam kehidupan perkahwinan.

Featured Mon, 31 May 2021

“Alhamdulillah, Ini Perjalanan Baru Buatnya…” Rizman Doakan Isteri Kekal Istiqamah

Setelah mendirikan rumah tangga dan  memiliki seorang cahaya mata, kehidupan pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin bersama isterinya Nuridaya Suraya sering mendapat perhatian ramai. Pasangan itu juga dilihat lebih bahagia dengan kehadiran cahaya mata […]

Trending Sat, 16 Jan 2021

Syarat Layak Mohon Bantuan Prihatin Rakyat 2021

Keputusan BPR semakin hampir, jom semak syarat kelayakan memohon sekarang!