Featured By: Aqilah Paharuzi March 4, 2022 @ 5:44pm

#RoadToAJL36 – Persembahan Paling Win Sepanjang AJL

Bakal berlangsung Ahad ini, debaran Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) semakin terasa!

Sebanyak 12 lagu terbaik bakal berentap di AJL 36 dengan mengangkat tema ‘Inilah Rentak Kita’.

Sepanjang anugerah ini berlangsung semenjak tahun 1986, semestinya terdapat pelbagai babak atau detik ikonik yang sehingga kini masih menjadi sebutan orang ramai.

Bersempena dengan kehangatan #RoadToAJL36, jom kita imbas trivia menarik antara 10 detik ikonik persembahan paling win pilihan XTRA.

AJL 1 (1986): SEKADAR DI PINGGIRAN – FRANCISSCA PETER

Tiada sebarang gimik yang diperlukan, penyanyi Francissca Peter tampil menjadi juara AJL pertama dengan nyanyiannya yang memukau pendengar yang wajar diabadikan sebagai detik paling ikonik sepanjang anugerah berprestij ini.

AJL 3 (1988): KAU KUNCI CINTAKU DI DALAM HATIMU – RAMLAH RAM

Penyanyi Ramlah Ram ketika ini meraih perhatian orang ramai yang tampil dengan busana unik ukiran berbentuk hati besar berwarna ungu di tengah bahagian badannya hasil rekaan Norma Norell membuatkan peminatnya masih terimbau momen epik pada malam itu.

AJL 11 (1996) : JERAT PERCINTAAN – SITI NURHALIZA

Merangkul trofi AJL 11 lewat lagu Jerat Percintaan, ini merupakan penampilan pertama penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di pentas AJL, sekaligus mengangkatnya menjadi pemenang ketika berumur 17 tahun. Sejak detik itu, bakat beliau terus diberi perhatian sehingga digelar penyanyi terulung Malaysia.

AJL 18 (2003) : BUNGA-BUNGA CINTA – MISHA OMAR

Tidak memerlukan props ataupun gimik, persembahan unggul Misha Omar menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta hasil ciptaan Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan wajar diabadikan sebagai detik ikonik pada AJL 18. Ini merupakan detik awal kemunculannya dalam industri muzik, Misha berjaya memenangi kategori vokal terbaik dan sekaligus menjadi juara keseluruhan.

AJL 23 (2008): LAGU UNTUKMU – MEET UNCLE HUSSEIN

Lagu Untukmu hasil ciptaan dan dendangan kumpulan Meet Uncle Hussain wajar diiktiraf sebagai persembahan ikonik pada ketika itu. Detik bersejarah tercatat sekali lagi apabila band indie dinobatkan menjadi juara keseluruhan AJL 23, selepas AJL 22 menobatkan Estranged sebagai juara.

AJL 25 (2011): TOLONG INGATKAN AKU – ANA RAFFALI

Kemunculan pertama Ana Raffali ketika itu mengejutkan penonton apabila Ana dinobatkan sebagai pemenang AJL 25. Kemenangan Ana diingati sepanjang sejarah penganjuran AJL kerana ramai yang tidak menyangka lagu hasil nukilan oleh Ana sendiri ini berjaya membenamkan lagu-lagu lain yang dianggap lebih berkualiti.

AJL 26 (2012): AWAN NANO – HAFIZ SUIP

Penyanyi lelaki bersuara lunak ini menyuntik elemen drama dalam persembahannya. Ketika menyampaikan lagu ‘Awan Nano’ pada AJL 26, Hafiz Suip tampil berpakaian sama seperti dalam muzik videonya iaitu baju t-shirt berwarna biru, seluar track dan berselipar Jepun. Meskipun tampak bersahaja, persembahan Hafiz berjaya menggondol kejayaan besar dengan membawa pulang anugerah Vokal Terbaik serta memenangi juara Keseluruhan AJL 26.

AJL 29 (2015): ROMANCINTA – MOJO & CALIPH BUSKERS

Persembahan paling bersejarah menerusi lagu Romancinta dendangan Mojo dan Caliph Buskers pada malam AJL 29 wajar menjadi detik AJL paling diingati. Siapa sangka sekumpulan penyanyi jalanan yang istimewa ini mampu memukau orang ramai sehingga mendapat tepukan paling gemuruh dan ‘standing ovation’.

AJL 32 (2018): AKU CINTA – SYAMEL & ERNIE ZAKRI

Lagu Aku Cinta dendangan pasangan duo Syamel dan Ernie Zakri wajar diabadikan sebagai persembahan ikonik yang telah mendapat 15 juta tontonan di YouTube TV3 Malaysia. Babak kemunculan kumpulan koir dan nyanyian solo Ernie yang jelas terserlah bakatnya ketika itu sehingga kini masih terpahat sebagai detik bersejarah AJL 32.

AJL 33 (2019): HARAM – DAYANG NURFAIZAH & HAEL HUSAINI

Unik, itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan persembahan lagu Haram nyanyian Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah. Mereka berani untuk membuat kelainan dalam persembahan apabila hujan buatan diturunkan sewaktu mereka menyanyi sambil berpayung di atas pentas AJL 33.

Fuh, semakin tak sabar untuk menantikan kejutan persembahan daripada 12 finalis AJL 36. Jangan lupa saksikan AJL 36 yang bakal bersiaran pada 6 Mac 2022, jam 9 malam hanya di TV3! #InilahRentakKita

Artikel Berkaitan: #RoadToAJL36 – Umur Belum Cecah 18 Tahun, Artis-Artis Ini Dah Sertai AJL!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 28 Feb 2019

NR perkenal produk baharu pada 2019

Jenama sinonim produk berasaskan herba tradisional selamat dan halal

Trending Wed, 26 Aug 2020
Featured Wed, 23 Jun 2021

Kerajaan Boleh Tambah Caruman KWSP, Bantu Rakyat Keluarkan i-Sinar, i-Lestari

Kerajaan boleh menambah semula caruman wang KWSP yang telah dikeluarkan rakyat menerusi i-Sinar dan i-Lestari apabila ekonomi negara pulih kelak. Pengurus Pembangunan Perniagaan, Putra Business School PBS, Universiti Putra Malaysia (UPM) Professor Madya Dr Ahmed […]

Trending Mon, 7 Sep 2020
Trending Sat, 19 Dec 2020
Hiburan Sat, 1 Jan 2022

“Memang Dapat Inspirasi Daripada Katil” – Busana Serba Putih SFMM36 Dikritik, Ini Penjelasan Pereka Fesyen Aina Abdul

Pereka fesyen Masyadi Mansoor yang menghasilkan busana penyanyi Aina Abdul di Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) mengakui dirinya mendapat inspirasi daripada katil. Seperti biasa, baju yang digayakan Aina ketika membawakan lagu Sepi mendapat pelbagai […]

Hiburan Fri, 10 May 2019
Eat Travel Sat, 8 Sep 2018

| Live TV