Featured By: Khairil Khusyairi February 8, 2023 @ 9:00pm

#RoadToAJL37 Gaun Hati Ramlah, Busana Berdarah Aina, Tracksuit Hafiz, Baju Kurung Ning… Ini Fesyen Sepanjang AJL Yang Menarik Perhatian

Sebut sahaja Anugerah Juara Lagu (AJL) pasti ramai yang teruja. Mana tidaknya penyanyi yang bertanding bukan calang-calang orangnya.

Namun sejak ia dipertandingkan pada 1986, AJL juga menjadi medan untuk selebriti mempersembahkan seni fesyen mereka dengan memperagakan busana hasil rekaan pereka fesyen tempatan mahupun antarabangsa. Wow!

Disini XTRA kongsikan fesyen-fesyen yang mendapat perhatian di kalangan warganet. Ada yang menarik, nostalgia, evergreen dan pelik…

Fesyen berani Aina Abdul

Aina mula melangkah ke pentas AJL pada edisi ke-34 dengan lagu Sumpah. Pertama kali beraksi dan terus mendapat perhatian pelbagai pihak gara-gara busana kontroversinya menjadi bualan hangat.

Aina tampil meyarungkan busana putih pada mulanya dan membuat kejutan di saat korus lagu apabila tiba-tiba cecair merah keluar membasahi pakaianya sehingga segelintir pihak berasa kurang senang dengan konsep persembahan Aina.

Namun pada AJL 36 lalu, Aina sekali lagi menjadi bahan kecaman netizen apabila tampil mengenakan busana persis taman bunga sehingga ada yang mengatakan busana rekaan pereka fesyen Melinda Looi ibarat membawa satu taman ke atas pentas.

Hafiz Suip santai

Hafiz Suip menjuarai AJL 26 dengan lagu fenomena Awan Nano turut menjadi bualan hangat warganet ketika itu. Ketika mempersembahkan lagu tersebut Hafiz hanya memakai t-shirt dan sluar track dengan bersahaja.

Dengan gaya rambutnya yang kerinting, Hafiz membuktikan biarpun tidak menggunakan prop yang gempak dan busana yang menarik, dia mampu meraih gelaran juara pada edisi tersebut.

Busana ‘merah’ bawa ‘tuah’

Kebetulan atau takdir? Warna merah pasti dikaitkan dengan masyarakat Cina kerana mereka menganggap ia membawa tuah atau kecemerlangan. Namun di pentas AJL, warna merah juga seakan memberi kemenangan kepada finalis yang bertanding.

Antara finalis yang menyarungkan busana serba merah dan sekali gus merangkul kemenangan adalah Zaiton Sameon (AJL 2), Liza Hanim (AJL 17), Misha Omar (AJL 18), Adibah Noor (AJL 21) dan Misha Omar (AJL33).

Zaiton Sameon dinobat juara menerusi lagu Menaruh Harapan pada AJL 2.

Liza Hanim cipta sejarah artis pertama rangkul trofi vokal terbaik menerusi lagu Gelisah Mimpi pada AJL 17.

Misha Omar rangkul trofi vokal terbaik menerusi lagu Bunga Bunga Cinta di AJL 18.

Allahyarham Adibah Noor dinobat juara dan vokal terbaik membawakan lagu Terlalu Istimewa pada AJL 21.

Sekali lagi cipta sejarah, Misha genggam semula trofi vokal terbaik menerusi lagu Sampai Bila di AJL 33.

Baju hati Ramlah Ram

Evergreen! Pasti ramai yang ingat dengan persembahan Ramlah Ram pada AJL 3 menerusi lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu kan?

Pada edisi tersebut, Ramlah mengenakan busana serba putih dan yang menariknya busana tersebut terdapat corak berbentuk hati di busana tersebut dan akan bercahaya sehingga menjadi fenomena di Malaysia.

Ramlah memenangi trofi bagi kategori Lagu Terbaik dan Persembahan Terbaik.

Ning Baizura berbaju kurung

Ringkas! Ning Baizura tampil berbaju kurung putih bercorak ketika mendendangkan lagu Awan Yang Terpilu ketika di pentas AJL 20.

Lebih menarik, Ning turut berkaki ayam ketika membuat persembahan.

AJL 20 menyaksikan Gemilang nyanyian Jaclyn Victor dinobatkan sebagai Juara.

@fasha_ariana_official Reply to @mohdkhadzir2 mantap persembahan kak ning ..ajl balada.. #viral #pubg #esekeli #fyp #fypシ ♬ original sound – Fasha_Ariana_Official

Jadi untuk AJL 37 yang akan berlangsung Ahad ini, fesyen apakah yang menjadi pilihan finalis kali ini? Sama-sama kita nantikan.

AJL 37 bakal bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD, hanya eksklusif di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my.

Sebanyak 12 finalis AJL 37 yang akan berentap iaitu Ernie Zakri (Korban), Marsha (Kembali Terang), Aina Abdul (Terus Hidup), Iman Troye (Nang), Shila Amzah dan Liza Hanim (Bahagiakan Dia), Joe Flizzow dan Sona One (Satu Malam Di Temasek), Aliff Satar (Anugerah Terindah), Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi (Debu), Noki dan MK (Payung Pelangi, Khai Bahar (Sengsara), Shiha Zikir (Irama) dan Naim Daniel (Mainan).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Jun 2018

Faizal Ismail ‘Tegur’ Jutawan Kosmetik

Kata penyampai radio dan pengacara popular ini, ramai yang tak tengok video pun masih menghormati ibu dan isteri.

Trending Fri, 20 Nov 2020
Featured Mon, 10 Jul 2023

“Nak Kurus Kena Usaha, Bukan Tabur Fitnah”- Hafiz Suip

Kesian Hafiz tak pasal-pasal kena fitnah🥴

Eat Travel Mon, 26 Nov 2018

Felda Residence Hot Spring, Sauna Semula Jadi Wajib Dikunjungi

Mata air panas terkenal sebagai salah satu rawatan alternatif pelbagai penyakit kulit.

Automobile Fri, 6 Dec 2019

Mahu Jimatkan Masa Guna Windows 10?

Melalui kemaskini dari semasa ke semasa , Windows 10 menjadi lebih baik dari sebelumnya. Bagi anda yang menggunakan Windows 10, disini kami senaraikan 10 tips yang mungkin anda belum tahu dan boleh menjimatkan masa. 1. […]

Hiburan Fri, 25 Aug 2023

Rahsia Petua Gabungan Penyanyi Berbilang Bangsa di Malaysia

Wah, sempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia!

Featured Thu, 11 Mar 2021
Selebriti Thu, 21 Apr 2022