Categories: HiburanSelebriti

Rosmah Mansor Hadir Di SPRM Pagi Ini

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 11.44 pagi tadi bagi membantu siasatan berkaitan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn. Bhd.

Beliau tiba dengan menaiki kereta Mercedes Benz berwarna perak dengan nombor pendaftaran WQF11 bersama dengan anak perempuannya, Nooryana Najwa dan menantu Daniyar Kessikbayev. 

Rosmah turut ditemani peguamnya, K Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent.

Beliau kelihatan memakai baju kurung berwarna biru dipadankan dengan selendang merah dan memegang beg berwarna merah. 

Pada 1 Jun lalu, SPRM telah menyerahkan notis memerintah kehadiran kepada Rosmah bagi membantu siasatan berkaitan kes tersebut. 

Notis berkenaan diserahkan oleh pegawai SPRM yang mengunjungi kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

SGMS Faida