Ruangan Komen Diserang, Netizen Salahkan Abby Abadi Terlampau ‘Back Up’ Anak – “Last-Last Anak Membelakangi Dia…”

Kekal berdiam dan enggan memberikan sebarang komen, rata-rata netizen kini mula menyerang ruangan komen pelakon Abby Abadi di Instagram susulan berita perkahwinan anaknya, Marissa Dania.

Semalam, nama anak perempuannya bersama aktor Norman Hakim itu kembali hangat menjadi bualan selepas dikhabarkan sudah sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Aslam sejak 17 Disember lalu.

Marissa dan Aslam difahamkan telah pun bernikah di Songkhla, Thailand tanpa pengetahuan Norman, Abby serta isteri pertama kepada lelaki terbabit, Misya Mazlan.

Menjengah ke ruangan komen salah satu perkongsian Abby, sesetengah netizen tampil menyalahkan tindakan pelakon Gerak Khas itu kerana kerap membela perbuatan terlarang anaknya itu sebelum ini.

“Kesian mama Abby duk back up anak, last-last anak membelakangi dia,” komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN:”Memang Sedap Menuding Jari, Bersangka-Sangka! Komen Dulu, Cari Pahala” – Anak Perempuan Dilabel Penyondol, Abby Abadi Tampil ‘Buka Mulut’

Namun, ada juga sesetengah pengikutnya yang meminta agar orang ramai berhenti mengecam Abby dan bersimpati dengan ujian yang dihadapinya.

Pada September lalu, nama pasangan ini menjadi bahan bualan hangat selepas Misya mendedahkan kecurangan suaminya bersama Marissa sehingga menyebabkan perceraian.

Namun, Misya dan Aslam dikatakan sudah rujuk semula selepas kontroversi tahun lalu reda.

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak Isteri Pertama Sahkan Marissa Dania Kahwin Dengan Aslam Di Thailand Sebagai Isteri Kedua!

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Tiri Kahwin Dengan Suami Orang Di Thailand, Bapa Tiri Marissa Enggan Ulas – “Lebih Baik Tanya Norman”

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan Kahwin Lari Di Songkhla Tular, Marissa Dania ‘Unfollow’ Norman Hakim & Abby Abadi?

ARTIKEL BERKAITAN: “Lawan Semua Dengan Doa, Mama” – Abby Abadi

 

Fatin Nurain