Rugi Tanggung Sendiri, Usahawan Selebriti Terkenal Didakwa Aniaya Reseller?

Nama selebriti dan usahawan selebriti popular dipetik gara-gara didakwa tidak bertanggungjawab terhadap produk inai yang dijual dengan harga yang berbeza kepada ‘resellers’.

Menerusi perkongsian @kedaiabanglejen di TikTok, ‘resellers’ didakwa terpaksa menanggung kerugian apabila pihak ibu pejabat (HQ) produk itu menjual dengan harga yang jauh lebih murah sempena promosi pada 6 Jun di laman TikTok.

“Tak fikir langsung pada reseller, suruh kita join promo 6.6 tapi kerugian kita yang tanggung. Kos reseller beli RM26/kotak, HQ jual RM10/kotak.

“Kalau berintegriti, buktikan. Beli semula stok-stok kami yang beku dan rosak ni!,” dakwa individu tersebut.

Dakwa individu tersebut lagi, pihak itu tidak mahu bertanggungjawab di atas kerugian mereka.

“Tak nak takpe, kami tak paksa,” jawab pihak HQ kepada persoalan kerugian ditanggung sendiri.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan perkara ini sudah berkali-kali terjadi dan turut mengaitkan nama usahawan lain.

Maya Basir