“Saya Tak Boleh Paksa Dia Untuk Memaafkan Cuma…” – Ruhainies Tiada Berhubung Dengan Bella Astillah Lepas Buat Permohonan Maaf

Aktres sensasi, Ruhainies memaklumkan dia tiada berhubung dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah selepas membuat permohonan maaf di program hiburan, Melodi, baru-baru ini.

Bercakap kepada XTRA, Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, berkata, Bella juga tiada berhubung dengannya selepas permohonan maaf itu dibuat.

“Selepas itu tiada langsung (hubungi Bella). Dia juga ada terima mesej langsung (DM) dan pasti dia ada juga tonton Melodi sebelum ini.

“Dia pasti aware dengan perkara itu, tapi saya pun tak boleh nak paksa dia untuk memaafkan, cuma masing-masing ada pendapat sendiri,” ujarnya kepada pemberita.

Ruhainies ditemui pada majlis Rumah Terbuka Fiziwoo di Bukit Setiawangsa, pada malam Isnin.

Disoal apakah dirinya tidak takut untuk keluar rumah berdepan dengan orang ramai, Ruhainies bersyukur tiada sebarang perkara buruk berlaku terhadap dirinya buat masa ini.

“Saya kalau keluar rumah tak pernah seorang diri, pasti ada yang akan teman.

“Alhamdulillah saya tak pernah jumpa (orang berniat jahat), tiada benda pelik-pelik berlaku.

“Saya perlu move on dan jalankan kehidupan macam biasa, tiada perkara yang tak diingini berlaku,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ruhainies mengakui ada sedikit terkesan dek terpalit dengan kontroversi panas namun tetap memberi tumpuan kepada perkara positif sahaja.

“Saya di sini takkanlah nak tunjuk saya sedih, sudah tentu rasa terkesan sedikit tetapi sekarang saya lebih fokus kepada perkara positif saja.

“Banyak good news yang saya perlu hargai, kenapa saya kena risaukan pada yang negatif.

“Untuk karier saya juga, mungkin selepas ini anda semua boleh lihat saya bukan saja di Malaysia sahaja, jadi saya fokus pada perkara yang lebih penting, tutupnya.

Sebelum ini, kecoh industri hiburan apabila Ruhainies dan Aliff Aziz didakwa ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada awal Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Silent Supporters Lebih Ramai” – Ruhainies Nafi Syok Sendiri Balas Soalan ‘Ask Me Question’ Di IG, Maklum Dapat Banyak Tawaran Kerja

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz” – Ruhainies Harap Semua Pihak ‘Move On’

ARTIKEL BERKAITAN: Bongkar Bukti Perbualan, Didi Astillah Dakwa Penjelasan Aliff Aziz Di Podcast Dirancang Bersama Ruhainies Untuk Jatuhkan Bella Astillah – “Dia Berubah Sejak Mereka Shooting”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Dapat Putar Balik Masa, Saya Tak Akan Cerita” – Hubungan Dengan Ruhainies Berputik Selepas ‘Curhat’ Masalah Rumah Tangga, Aliff Aziz Akui Menyesal

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies Sedih Skrip & Jalan Cerita Drama Lakonan Bersama Aliff Aziz Seakan Sama Dengan Kontroversi Dihadapainya Kini – “Tak Pasti Kebetulan Atau…”

Khairil Khusyairi