Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 3, 2024 @ 3:39pm

Rumah Banglo Dirobohkan, Anak Sharifah Aini Tampil Perjelas… Pemilik Baharu Cadang Bina Bangunan Tiga Tingkat

Anak Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Aliff Omar Ali menganggap keputusan yang dilakukannya untuk menjual kediaman banglo ibunya di Petaling Jaya adalah tepat.

Memetik laporan Astro Awani, meskipun sedih namun Aliff berharap ramai pihak dapat menghormati serta memahami keputusan tersebut.

“Walaupun saya sedih, saya rasa itu adalah keputusan yang terbaik untuk dilakukan.

“Perkara ini telah selesai dan saya berharap semua orang memahami keputusan saya,” katanya.

Sementara itu, Aliff sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana tidak melupakan ibunya.

“Terima kasih atas perhatian dan kerana masih mengingati ibu saya yang telah lama meninggal dunia,” ujarnya.

Sharifah Aini

Sebelum ini, rumah banglo milik pelantun lagu popular Mawar Putih Untuk Mama ini dirobohkan selepas dijual kepada wakil syarikat pemaju yang membeli hartanah tersebut pada harga kira-kira RM4 juta.

Difahamkan, kediaman mewah itu sudahpun diratakan oleh pemilik baharu tanah tersebut yang ingin bangunan tiga tingkat.

Sekadar info, Sharifah Aini meninggal dunia pada 5 Julai 2014, pada usia 61 tahun akibat jangkitan paru-paru.

Artikel Berkaitan: Tinggal Kenangan, Banglo Mewah Milik Sharifah Aini Diroboh

Artikel Berkaitan: Jernihkan Hubungan Sharifah Aini & Siti Nurhaliza, Jasa Allahyarham Wartawan Hiburan Huzz Terus Dikenang

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 27 Nov 2018

#SisCuba : Berjayakah Tiga Gadis Cantik Ini Tembusi Pasaran Antarabangsa?

Jangan lupa janji temu korang malam ni bersama Sunsilk #SisCuba tau!

Trending Thu, 28 Jun 2018

Penyokong Kecewa Jerman Kalah Dengan Korea

Apa nak buat…bertabahlah ya penyokong bola sepak pasukan Jerman. Buat pasukan Korea, Good Luck untuk perlawanan seterusnya!

Trending Thu, 5 Apr 2018

Padah Minum Alkohol Buatan Sendiri

Sebanyak 16 kematian direkodkan sejak Isnin lalu di sekitar Jakarta manakala lapan kematian dilaporkan di Papua.

Trending Mon, 9 Nov 2020
Featured Wed, 20 Mar 2024

Kongsi Cerita Ikan & Rezeki, Alif Satar Bikin Ramai Insaf – “Tak Boleh Takbur! Kena Sentiasa Bersyukur Dengan Pemberian Allah”

Masya-Allah, nampak mudah perkongsian Alif tapi betul-betul patut dijadikan pengajaran buat kita semua❤️😥

Hiburan Sat, 31 Aug 2019

Kena Sindir Di Instagram…Baby Shima Tak Takut!

Saya tak tahu sama ada itu ikhlas atau terpaksa…