Hiburan By: SGMS Faida June 11, 2019 @ 2:39pm

Rumah Kena Pecah Masuk, Nash Rancang Pasang CCTV

Vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash merancang untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV)  bagi mengetatkan lagi sistem keselamatan di kediamannya selepas kediamannya yang berselerak yang dipecah masuk pencuri sebaik pulang dari kampung, kira-kira jam 5.30 pagi, kelmarin.

Dalam kejadian itu, Nash dan keluarga baru sahaja pulang dari Muar, Johor memaklumkan rumahnya berselerak, selain terdapat kesan umpil di tiga pintu bilik, namun tiada barang berharga hilang.

“Kami baru sampai dari Muar, Johor selepas enam hari beraya di kampung. Saya terkejut sebaik sahaja pintu dibuka, keadaan rumah tidak seperti yang kami tinggalkan.

“Saya tidak dapat agak bila kejadian itu berlaku kerana kami balik kampung sehari sebelum sambutan hari raya. Saya bagaimanapun, bersyukur kerana ketika kejadian, tiada sesiapa di rumah, malah tiada barangan berharga yang dilarikan.

“Mungkin mereka takut kehadiran disedari disebabkan ayam yang ada di sekitar rumah ini bising. Apa yang penting, keluarga saya dijauhkan daripada musibah. Saya difahamkan, tiga lagi kediaman di kawasan sama dipecah masuk pada minggu pertama raya,” katanya.

Nash atau nama sebenarnya, Jamaluddin Elias, 59, membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam, Ahad lalu.

Katanya lagi, ia adalah kejadian kedua yang dialaminya sejak hampir 30 tahun menetap di kawasan perumahan itu.

Susulan kejadian, penyanyi Pada Syurga Di Wajahmu itu merancang untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengetatkan lagi sistem keselamatan di kediamannya.-BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Apr 2019

获微博颁发「潜力音乐红人」蔡恩雨成唯一大马代表

马来西亚唯一代表Priscilla Abby蔡恩雨获邀出席微博于香港举办的「微博星耀盛典」,亦藉由2018年在乐坛以及网络的优异表现获颁「潜力音乐红人」,为她的音乐发展打了一剂强心针!

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

Mawar Rashid Timang Anak Perempuan, Tahniah!

Alhamdulillah, mesti cute macam mama dia kan?

Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Featured Mon, 27 Feb 2023
Events Wed, 27 Nov 2019
Featured Mon, 4 Apr 2022

“Bertujuan Beri Teguran Kepada..” – Iqram Dinzly Respons Isu Video Sarung Baju Dalam Wanita Sambil Selawat 

Oh ini rupanya maksud video viral tu, tetapi sampai ke kepada ‘golongan’ tersebut?

Acara Thu, 18 May 2023

Pertama Kali Datang Ke Malaysia, Andmesh Jatuh Cinta Dengan Mi Goreng Mamak & Teh Ais

Terbaiklah Andmesh! Mi goreng mamak, teh ais siappp!🤣

Hiburan Fri, 24 Aug 2018
Fab Foodies! Tue, 24 Jul 2018

Jamu Untuk Ibu Mengandung Memang Wujud Ke?

Maka, semaklah terlebih dahulu tentang sesuatu ubatan tradisional dengan merujuk doktor, klinik, badan profesional, atau Portal Kementerian Kesihatan Malaysia. 

error: Content is protected !!