Ryzal Ibrahim Didenda RM10,000 Hina Pakaian Tradisional Kaum Iban

Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim atau lebih dikenalis ebagai Ryzal Durian Kimchi dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM10,000 atau enam bualn penjara oleh Mahkamah Sesyen Miri, Sarawak selepas dia mengeluarkan kata-kata hinaan terhadap pakaian tradisonal kaum Iban yang dipanggil, Ngepan Indu.

Memetik kenyataan yang dikeluarkan Hakim Azreena Aziz, Ryzal, 32, didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) (ii) Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 (Akta 588).

Malah, hukuman tersebut dikenakan selepas pihaknya meneliti kesemua aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes serta mengambil kira kepentingan awam.

 

Bagaimanapun, pihak pendakwa memohon agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai peringatan atau pengajaran kepada masyarakat agar tidak melakukan kesalahan yang sama.

Sebelum ini, sebanyak 27 laporan polis yang dibuat terhadap Ryzal berhubung kejadian menghina telah dikemukakan pihak pendakwaan untuk diterima pakai sebagai bahan bukti mahkamah.

Pada 27 Mei 2021, seorang pengadu membuat laporan polis dengan mendakwa bapa kepada seorang anak itu mempersendakan pakaian tradisional kaum Iban menerusi laman Facebook.

Terdahulu, Ryzal didakwa menyamakan busana ‘Ngepan Indu’ seperti ‘sementing duit syiling’ yang sepatutnya disimpan dalam poket, ‘tango’ sebagai kain alas peti televisyen, ‘kain kebat atau kain karap’ sebagai kain buruk dan ‘ngepan Iban’ sebagai langsir.

 

Sumber: Kosmo

Salma Syahbuddin