Sabar Layan Kerenah Isteri, Aksi Adam Lee & Sweet Qismina Buat Trend Flower Undang Tawa – “Asal Bukan Bunga Tayar Sudah”

Biarpun sakan beraya, pasangan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina tetap meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat aksi mereka membuat trend TikTok bersama.

Menerusi sebuah perkongsian di platform tersebut, Adam telah memuat naik videonya bersama isterinya, Sweet yang sedang membuat trend ‘Flower’ nyanyian Jisoo Blackpink.

Dalam perkongsian tersebut, Adam turut kelihatan akur apabila Sweet menjadikan wajahnya sebagai bunga dalam tarian tersebut.

“Bunga berjambang,” tulisnya.

@adamleeofficial Bunga berjambang #fyp @Sweet Qismina ♬ 꽃 – JISOO

Melihat kemesraan pasangan itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai pujian dalam kalangan peminat menerusi ruangan komen.

Terdahulu, Adam dan Sweet telah mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022.

Fatin Nurain