Featured By: Aqilah Paharuzi March 28, 2022 @ 5:07pm

Sah Jadi Isteri, Natasha Hudson Mohon Doa Kesejahteraan Perkahwinan Kali Ini

Pelakon jelita, Natasha Hudson dalam diam telah selamat bergelar isteri kepada jejaka piihan hatinya yang dikenali sebagai Jay Jasmin.

Natasha, atau nama sebenarnya, Natasha Liana Hudson, 40 meluahkan rasa syukur apabila hubungan percintaan bersama Jay berakhir di jenjang pelamin dan mereka berkongsi banyak persamaan.

Rupa-rupanya, Natasha memberitahu detik perkenalan dan percintaan dengan Jay bermula apabila dia menyertai aktiviti luncur ombak di Langkawi, Kedah.

Pasangan tersebut selamat disatukan sebagai suami isteri di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor pada hujung minggu lalu.

Menerusi beberapa perkongsian di Instagram miliknya, dapat dilihat pasangan sejoli ini mengayakan baju sedondon berwarna peach seraya duduk bergambar di atas pelamin.

Natasha sempat memohon doa daripada orang ramai untuk mendoakan perkahwinan kelimanya ini berkekalan hingga ke jannah.

“Untuk kali ini saya minta semua orang mendoakan kesejahteraan rumah tangga dan kebahagiaan hati kami berdua dalam melayari bahtera kehidupan ini bersama,” katanya.

Untuk rekod, Natasha sebelum ini pernah berkahwin selama empat kali namun jodoh tidak berpanjangan.

Terdahulu, Natasha bercerai dengan suami keempatnya iaitu Noor Nashriq pada Oktober 2019 selepas setahun berkahwin.

Kemudian pada Oktober 2018, Natasha telah bercerai dengan bekas suami ketiganya, Carleed Khaza atau Khalid Kamal yang dinikahinya pada April 2012.

Menerusi perkahwinan yang terjalin selama enam tahun itu, Natasha dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.

Pada tahun 2006, Natasha berkahwin dengan Mohd. Faiz Mohd. Raih namun rumah tangga mereka berkecai dan hanya bertahan selama empat bulan saja.

Perkahwinan pertama Natasha adalah bersama seorang ahli perniagaan, Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Neesa Helena namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun.

Kredit Foto: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 25 May 2018

小女娃「丰盛茂密头发」全家人都被她的头发萌哭

这名来自澳洲雪梨的「小女娃」Alexis Bartlett刚满6个月大,她从一出生就是大家的焦点,因为她有着一头非常茂盛的秀发,出门在外常常吸引路人的目光。

Featured Thu, 27 May 2021

Vaksin AstraZeneca Tidak Lagi Ditawarkan Secara Sukarela, Akan Kembali Kepada PICK

Berikutan permintaan Vaksin AstraZeneca yang semakin tinggi, kerajaan tidak lagi akan ditawarkan secara sukarela, sebaliknya akan dimasukkan kembali ke dalam senarai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Perkara itu dimaklumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap

Trending Fri, 26 Mar 2021
Trending Sat, 23 Jun 2018

自闭症少年字体超端正 网友惊叹:根本像列印出来

中国一名16岁少年林文彬「握着笔的手,在纸上一笔一画地写字」,就这样只是拍摄他写字非常端正公整的视频,吸引了730万人狂赞。

Featured Thu, 28 Oct 2021

“Jangan Selalu Makan Pedas Nanti Sakit” – Gadis Hidap Kanser Ovari & Cyst Abaikan Nasihat Ibu

Seorang gadis terpanggil untuk menegur selera makan penggemar masakan pedas yang melebihi had yang sepatutnya kerana ia bakal memberikan kesan kepada kesihatan. Seorang pengguna TikTok bernama @mrshya berkongsi kepada orang ramai tentang kesan buruk makan

Trending Thu, 13 Jan 2022

2 Tahun PKP, Anak Nora Danish Tak Mahu Berenggang

Pelakon jelita Nora Danish mendedahkan anak keduanya, Mohamed Neqayl Nedim, 4, tidak mahu berenggang terlalu lama dengan dirinya. Menurut Nora, dia kini terpaksa menolak tawaran lakonan yang memerlukan komitmen panjang. “Mungkin kerana sudah dua tahun

Featured Thu, 7 May 2020
Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Tahniah! Mawar Rashid Kini Hamil Dua Bulan

Mawar Rashid mengumumkan berita gembira tersebut menerusi laman instagram beliau semalam

Featured Fri, 15 Mar 2019

| Live TV

error: Content is protected !!