Kalau sebelum ini, usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida (DSV) pernah membuat kenyataan bahawa tidak akan menolak jodoh seandainya ditakdirkan bersama usahawan, pelawak dan pelakon, Shuib.
Namun, beberapa hari lepas Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 37, tampil memaklumkan kepada umum bahawa beliau kini sedang mengenali seseorang. Namun, gerangan individu tersebut bukanlah DSV seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Malah, Shuib juga menegaskan bahawa antara beliau dan DSV hanya berkawan atas dasar perniagaan semata-mata.
ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Mungkin Saya Bercinta Dengan Dia” – Shuib Akui Tak Sepadan Dengan DSV
“Dah sah-sah saya pun tak nak, DSV hanya mampu berlapang dada & move on!”
Seperti sudah move on, DSV bagaimanapaun hanya mampu mendoakan agar Shuib berjumpa dengan pengganti yang sesuai.
“Tidak mengapa, kita ‘move on’ sahajalah. Kalau Shuib tak nak (berjodohan dengan saya), dah sah-sah, saya pun tak nak juga.
“Namun, saya mendoakan yang terbaik buat Shuib sekeluarga agar bertemu pengganti sesuai mengisi posisi isteri dan paling penting, ibu buat anak-anaknya,” katanya.
View this post on Instagram