Hiburan By: SGMS Faida September 3, 2018 @ 1:45pm

Saham Media Prima Bhd Meningkat

Saham Media Prima Bhd meningkat pagi ini selepas syarikat berkenaan mengumumkan penjualan empat hartanah di Bangsar dan Shah Alam kepada PNB Development Sdn Bhd untuk RM280 juta, memberikan keuntungan bersih sekali, kira-kira 127.7 juta.

Pada 9.52 pagi, sahamnya meningkat 3.5 sen kepada 44.5 sen dengan 539,000 saham diniagakan.

Syarikat berkenaan sebelum ini menyatakan bahawa anak syarikat yang dimiliki sebanyak 98.2 peratus, New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), mengadakan tiga perjanjian jual beli bersyarat dengan PNB Development untuk cadangan penjualan hartanah berkenaan.

Empat hartanah itu adalah dua bidang tanah pegangan bebas di Bangsar di mana letaknya ibu pejabat NSTP, Balai Berita, sebidang tanah perindustrian pegangan bebas dengan bangunan di Shah Alam di mana letaknya loji percetakannya, dan sebidang tanah perindustrian juga di Shah Alam.

Public Bank Investment Bank Bhd mengekalkan saranan neutral terhadap syarikat berkenaan dan membuat ramalan keuntungan kepada unjuran kerugian bersih yang lebih tinggi untuk tahun kewangan 2018 dan ramalan untung bersih yang rendah untuk tahun kewangan 2019-2020, berikutan perbelanjaan iklan yang rendah yang mana mengimbangi anggaran penjimatan kos daripada kegiatan jualan dan pajakan semula.

“Kesan daripada jualan berkenaan dan kegiatan pajakan semula akan dicerminkan pada tahun kewangan 2019 kerana ia dijangka dilengkapkan menjelang suku keempat 2018.

“Memandangkan pengurangan rugi terkumpul daripada keuntungan penjualan sekali yang meningkatkan nilai kontraknya, harga sasaran meningkat kepada 49 sen daripada 42 sen sebelumnya,” katanya. – Bernama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Apr 2019

Demi Avenger: Endgame, Penonton Sanggup Bangun Awal & Serbu Pawagam!

Ratusan peminat filem Avenger mula menunggu di premis pawagam seawal jam 6 pagi, hari ini. Filem Avenger: Endgame yang mula ditayangkan hari ini memecah rekod apabila menerima kutipan sebanyak RM10 juta bagi pembelian tiket awal.

Featured Sat, 9 Apr 2022

#JusticeForBella: Petisyen Desak Menteri Tamatkan Khidmat Syed Azmi

Terus trending di twitter #JusticeForBella

Events Fri, 6 Sep 2019

《八度空间嘉年华》节目表新鲜出炉!伴你度过美好的周末

《八度空间嘉年华》节目表新鲜出炉!约定你9月7日及8日,让一众艺人朋友伴你度过美好的周末,共庆中秋佳节庆团圆。

Hiburan Thu, 4 Oct 2018

Lepas DJ Radio, Shuk Teringin Nak Jadi Penyanyi

Jika ada peluang saya teringin rakam lagu mengandungi elemen nasihat, teguran atau kisah masyarakat. Macam lagu-lagu yang pernah dihasilkan kumpulan Senario. Best juga kan?

Events Wed, 28 Sep 2022

Saksi Dakwa Ebit Lew Hantar Foto K*maluan Di Aplikasi WhatsApp

Tak tau nak kata apa, tunggu je lah keputusan kes perbicaraan tersbeut okay!

Featured Sat, 26 Nov 2022

“Jangan Pandang Rendah Diri Sendiri” – Bicara Comel Mika Buka Mata Netizen

Pempengaruh cilik Mika yang menggunakan akaun Mika dan Daddy di laman TikTok sentiasa berjaya meraih perhatian netizen kerana menghasilkan ‘content’ yang dapat menyuntik semangat warganet. @mika_and_daddy Jangan pandang rendah dekat diri sendiri ya. Kena percaya.

Hiburan Mon, 16 Dec 2019

Bawa Pulang RM100,000, Apex Tajudin Juara Mentor Milenia 2019

Saya juga berterima kasih dengan Mentor Hazama serta juri-juri tetap yang banyak memberi sokongan.

Hiburan Thu, 18 Oct 2018

Ripple Kini Lebih Urban!

Ripple bakal tarik lebih ramai pengguna digital

Featured Wed, 22 Mar 2023

[VIDEO] Nasihat Para Wanita Untuk Tak Mengungkit & Ikhlas Maafkan Lelaki, Netizen Kritik Watie Hanifiah – “Belum Kena Kat Batang Hidung…”

‘Kesabaran lelaki akan tercabar kalau kita mengungkit’ – Watie Hanifiah.. Ha apa pendapat korang?

| Live TV