Hiburan By: SGMS Enal July 7, 2019 @ 3:00pm

‘Kalau Boleh Anak Perempuan Kali Ini’- Saharul Ridzuan

Pelakon, Saharul Ridzwan, 30, mendedahkan dia dan isteri, Qaabila Deena Emir, sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua.

Saharul berkata, sekarang adalah masa sesuai untuk mereka menambah bilangan anggota keluarga, lebih-lebih lagi anak sulung, Muhammad Luth Ali, sudah berusia dua tahun.

“Insya-Allah, saya dan isteri memang merancang untuk memperbesarkan keluarga kami. Ali juga sudah berusia dua tahun, Jadi, inilah masa sesuai untuk kami berusaha mendapatkan anak lagi.

“Jika diikutkan hati, saya teringin untuk memiliki anak perempuan. Ali pun asyik melekat dengan ibunya sahaja. Mungkin dengan adanya anak perempuan, dia akan rapat dengan ayahnya pula.

“Apa pun, doakan semoga kami dikurniakan cahaya mata kedua dengan secepat mungkin,” katanya ketika ditemui pada majlis prapelancaran filem sulung lakonannya, Coast Guard, di sini.

Coast Guard adalah karya terbitan Arie Zaharie Production dan Flying Deal Sdn Bhd dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Dalam filem berkenaan, Saharul melakonkan watak anggota maritim Malaysia, Hafiz, yang ingin memulakan kehidupan baharu di sebuah pulau. Dia mengalami gangguan stres pasca trauma (PTSD) selepas kehilangan rakan setugas dalam misi menyelamat.

Selain dirinya, pelakon lain yang turut membintangi filem bercorak aksi terbabit ialah Emma Maembong, Julia Farhana, Jay Iswazir, Sabri Yunus, Aziz M Osman, Black, Hazama dan Wanna Ali.

“Saya dan barisan pelakon lain sudah memulakan latihan bersama pasukan maritim, selama kira-kira dua minggu. Antara lain, kami didedahkan dengan cara penggunaan senjata yang betul. Ia juga menjadi menjadi pengalaman pertama saya dalam menembak.

“Bagi saya, persediaan sebegini sangat bagus sebelum penggambaran filem dimulakan. Tidaklah nanti saya terkial-kial ketika berlakon,” katanya yang menganggap watak diserahkan kepadanya menerusi naskhah arahan Arie Zaharie itu sangat mencabar.

Menurut Saharul lagi, pelakon filem itu turut didedahkan dengan maklumat tepat mengenai APMM dan tugas hakiki agensi terbabit sepanjang latihan berlangsung.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 26 Jul 2018

Saksikan Filem Pulang Yang Pastinya Meruntun Jiwa Anda Hari Ini!

Berjaya membuka minda penonton tentang kehidupan sepanjang tiga era ini, Pulang sedikit sebanyak memberi kesedaran tentang betapa besarnya pengorbanan dan usaha yang dilakukan oleh orang-orang terdahulu khasnya kehidupan sebagai seorang kelasi kapal.

Hiburan Mon, 14 May 2018

Muntah Darah Dan Pengsan, Aqish Alami Masalah Jantung

Sama-samalah kita doakan yang terbaik agar pelakon yang pernah merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2014 dan Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia 2014 ini sembuh seperti sedia kala dan terus mewarnai industri seni tanah air

Hiburan Fri, 3 Aug 2018

Status Zahirah MacWilson Sindir Bekas Kekasih?

Heroin drama Jangan Benci Cintaku ini menulis kenyataan seolah menyindir seseorang yang memutar belit cerita dalam masa sama berlakon seolah-olah menjadi mangsa keadaan.

Hiburan Thu, 4 Jul 2019

Izzue Islam Tak Mahu Tangguh Lagi, Bakal Jalani Ujian Kesuburan

Izzue Islam memaklumkan sudah merancang berjumpa doktor bagi menjalani ujian kesuburan pada tahun ini.

Hiburan Mon, 18 Mar 2019
Hiburan Thu, 20 Feb 2020
Hiburan Thu, 22 Nov 2018
Featured Wed, 10 Aug 2022

[VIDEO] Alif Hadi & Yasmin Hani Rancang Nikah Hujung Tahun Ini – “Kalau Boleh Nak Cepatkan”

Alahai comellll je pasangan ni! Masing masing so lovey dovey gituuuu

| Live TV