Sahut Cabaran Hafazan, Amir Ahnaf ‘Belanja’ Taranum Surah Ayatul Kursi Bikin Peminat Cair – “Tajwid Dia Kalah Aku! Ni Baru Betul Kapla”

Pelakon Amir Ahnaf mencuri perhatian selepas video bersama pempengaruh media sosial, Qawiyaro yang terkenal dengan konten hafazan tular di TikTok.

Menerusi perkongsian tersebut, Qawiyaro atau nama penuhnya, Abdul Qawiy Aro, menerjah Amir Ahnaf untuk menyelesaikan hafazan yang diambil dari surah Ayatul Kursi.

Bagaimanapun, pelakon siri drama popular, Project High Council itu kelihatan tidak kekok meneruskan bacaaan tersebut beserta lagu (tarannum).

“Tebuk ngaji kapla high council @amir.ahnaff, masya-Allah merdunya suara patut la ramai cair,” tulis pada kapsyen berkenaan.

 

Terkejut mendengar anak muda berusia 23 tahun ini melantunkan surah tersebut dengan baik, rata-rata pengikut meninggalkan pelbagai respons pada video berkenaan.

Malah, ada segelintir peminat Amir berasa kagum dengan bakat dan kelebihan yang dimilikinya.

“Fuh, terus saya follow Kahar kalau mcam ni.

“MasyaAllah pandai berlakon , suara sedap sampai ke hati gitu. Alhamdulillah.

“Merdunya suara Amir mengaji. Tajwid dia kalah aku.

“Dia punya sampai tu, anak dekat sebelah terus tadah tangan.

“Ni baru betul kapla! Mengaji siap tarannum lagi.

“Mantap tajwid makhraj dia. Respect!,” komen netizen.

Sementara itu, Qawiy juga turut memuji bacaan Amir yang disifatkan sangat baik.

“Masya-Allah power lah tarannum dia, belajar tarannum ni,” katanya.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun ditonton lebih 800,000 tontonan dengan menerima lebih 98,000 tand asuka sejak ia dimuat naik.

Salma Syahbuddin