Sakan Bercuti Di Thailand, Netizen Dakwa Raysha Rizrose Hamil – “Nampak Baby Bump La!”

Pelakon Raysha Rizrose didakwa kini sudah berbadan dua selepas lapan bulan berkahwin bersama suaminya yang juga merupakan pelumba kereta F3, Nabil Jeffri.

Dakwaan tersebut mula tercetus dalam kalangan netizen apabila terlihat perutnya yang sedikit buncit atau ‘baby bump’ ketika mengenakan baju berwarna kelabu sewaktu bercuti bersama adik-beradik dan sepupunya di Thailand .

Persoalan itu juga timbul selepas melihat gelagatnya yang sakan membuat trend TikTok bersama aktres Nadiyah Shahab dan Aprena Manrose.

@nadiyahshahabTake two 😂😂😂♬ original sound – Nadiyah Shahab

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa teruja mereka menantikan khabar gembira dari aktres yang pernah membintangi drama Ryan Aralyn itu.

Fatin Nurain