Categories: Hiburan

Dari Roti, Turun Ke Hati… Saksikan ‘Doh’ 16 September ini di Tonton!

Saksikan Doh 16 September ini di Tonton! Masanya telah tiba untuk pengalaman menonton yang tidak dapat dilupakan! Tandakan tarikh 16 September dalam kalendar anda kerana filem Tonton Original yang dinanti-nantikan, Doh, akan ditayangkan secara eksklusif di platform Tonton.

Syafiq Kyle membintangi Doh yang bakal ditayangkan 16 September ini di Tonton.

Beri peluang untuk menyelami emosi dalam filem Doh yang pasti memikat hati anda 16 September ini.

Doh merupakan hasil kerjasama antara barisan pelakon berbakat dan arahan direktor yang berpengalaman dalam industri hiburan iaitu Arif Zulkarnain dan Haris M. Nor. Filem ini dijangka akan memukau penonton dengan plot dan kejutan yang tidak disangka-sangka bermula 16 September ini.

Filem Doh yang boleh anda saksikan 16 September ini di Tonton membawa penonton mengikuti perjalanan Faiz yang tersepit antara tanggungjawab dalam menerajui bakeri yang diwarisi bapanya dan berdepan dengan cabaran yang datang dengan kehadiran bakeri moden yang mendapat perhatian.

Kisah Doh ini mencuri perhatian dengan gabungan unik tradisi dan inovasi, serta menyentuh tema keluarga yang sangat bermakna.

Bukan sahaja plotnya menarik, Doh turut menampilkan barisan pelakon yang tidak kurang hebatnya. Bersama bintang seperti Syafiq Kyle, Sherlyn Seo, Aida Amron, Fariz Isqandar, Fabian Loo, dan ramai lagi, jaminan persembahan luar biasa akan diberikan. Dengan kehadiran mereka, setiap detik dalam filem ini akan menghidupkan suasana.

ARTIKEL BERKAITAN: 4 Sekawan Kejar Impian Cipta Band, Tonton Original Tampil Filem Khas ‘Irama Kita’

Saksikan Doh 16 September ini di Tonton.

Jangan lepaskan peluang ini! Langgan Tonton hari ini dengan serendah RM 9.90 dan saksikan sendiri keajaiban “Doh”. Muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store, atau layari www.tonton.com.my untuk pengalaman hiburan terbaik.

Ikuti perkembangan terkini Tonton di media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton, #Doh, #DariRotiKeHati dan #ManisPahitBersama. Saksikan Doh 16 September ini di Tonton!

Padin