“Salah Orang Nampak, Tapi Kena Ingat Diri Kita Juga Tak Baik…” – Ibu Shila Amzah

Perkongsian terkini ibu penyanyi, Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman meraih perhatian di media sosial.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Fauziah atau lebih mesra dikenali sebagai Mama Zie memberi pesanan kepada setiap individu untuk tidak merasakan diri mereka terlalu baik.

“Dalam hidup ini, diri kita adalah ujian untuk orang lain.

“Kita mungkin banyak nampak salah orang, tapi kita perlu ingat bahawa diri kita juga punya watak yang tidak baik dalam kehidupan orang lain.

“Jangan rasa diri kita baik,” tulisnya.

Bagaimanapun, Fauziah tidak menjelaskan secara lebih terperinci mengenai kenyataannya yang bersikap terbuka itu.

Sebelum ini, Shila berkata dia masih belum bersedia untuk berjumpa dengan ibu serta ahli keluarganya yang lain ekoran konflik melanda mereka anak beranak.

Artikel Berkaitan: Tak Mahu Emosi Terganggu Ketika Hamil… Ikut Pesan Suami, Shila Amzah Akui Belum Sedia Bersemuka Dengan Keluarga – “Dia Kata Selesaikan Nanti”

Aqilah Paharuzi