Hiburan By: SGMS Faida March 2, 2019 @ 2:31pm

Sambut Ulang Tahun Ke 25, Justin Bieber Dihujani Ucapan Istimewa

Happy Birthday Bieber! Sambutan ulang tahun ke 25 ternyata berbeza buat bintang pop terkenal, Justin Bieber. Ini kerana dia telah memegang status suami kepada model Hailey Baldwin seterusnya membuatkan kehidupan lelaki ini semakin lengkap.

Hailey menerusi laman Instagramnya menulis “ Angka 25 tentu terlihat baik untukmu sayang” menerima lebih dua juta tanda suka.

 
 
 
View this post on Instagram

25 sure looks good on u lover.. ?

A post shared by Hailey Rhode Bieber (@haileybieber) on

Model terkenal ini turut berkongsi gambar memaparkan dirinya sedang memeluk suaminya itu dengan senyuman paling manis.

Dalam masa sama, pelantun lagu Baby ini turut menerima ucapan hari jadi daripada teman selebriti, peminat termasuklah ibu tercinta, Pattie Mallette.

” Saya tidak faham bagaimana 25 tahun berlalu begitu cepat, tetapi itu sangat luar biasa dan tak akan dilupakan! Saya sangat bangga denganmu @justinbieber. Saya tidak tahu bagaimana saya mendapat hadiah yang luar biasa seorang anak seperti anda, suatu penghormatan mencintaimu sejauh ini!” tulis Mallette sempena ulang tahun anak lelakinya itu.

Sementara itu, pengurusnya Scooter Braun turut mengucapkan selamat ulang tahun buat Justin dengan memuatnaik sekeping foto Justin sewaktu kecil.

” Gambar pertama bersama dan sekarang umur anda 25. Hari pertamaku. Anda tahu bagaimana perasaannya. Aku menyayangimu. Selamat ulang tahun, anda sudah dewasa,” tulis Scooter.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Thu, 11 May 2023
Hiburan Fri, 9 Mar 2018

SRK Tak Suka Bahasa Hindi?

Walaupun Hindi bahasa pertuturannya namun subjek itu yang paling tidak disukainya sehingga memaksa ibunya, Lateef Fatima, membuat ‘perjanjian’.

Featured Fri, 9 Sep 2022
Hiburan Tue, 20 Mar 2018

Raja Ilya Kini Pelakon Hollywood?

Bagi Raja Ilya, beliau terpaksa menolak tawaran tersebut kerana terdapat beberapa perkara yang dianggapnya tidak sesuai dengan dirinya

Hiburan Wed, 12 Jun 2019

Semangat ‘Abah’ Sentiasa Dekat -Neelofa

Syawal luar biasa bagi Neelofa & keluarga tahun ini…

Acara Wed, 25 Jan 2023

Festival Cahaya Israk Mikraj ‘Seimbang’, Lengkap Dengan Segmen Ceramah & Malam Kemuncak Bersama Raihan

Wahh Alhamdulillah 🥰🥰 Mesti menarik ni ☺️ Save the date korang! 18 Feb, dekat Stadium Melawati, Shah Alam ok!

Featured Tue, 14 Nov 2023

Alami Sesak Nafas, Nora Ariffin Dimasukkan Ke ICU

Moga cepat sembuh XTRA doakan!🤲

error: Content is protected !!