Categories: HiburanSelebriti

Sambutan Luar Biasa HariJadi Will Smith Di Budapest!

Selebriti Hollywood terkenal Will Smith baharu sahaja menginjak umur 51 tahun pada 25 September yang lalu dan telah menyambut harijadi bersama peminat-peminatnya secara besar-besaran di konsert Dj Jazzy Jeff dan Fresh Prince di Budapest. 

Karier Will Smith atau nama sebenarnya Willard Carroll Smith Jr. bermula sebagai rapper yang dikenali sebagai Fresh Prince di dalam kumpulan duo hip hop DJ Jazzy Jeff & Fresh Prince bersama temannya sewaktu kecik Jeffrey “DJ Jazzy Jeff” Townes.

Popularitinya melonjak naik apabila menjadi bintang utama siri televisyen NBC, The Fresh Prince of Bel Air pada tahun 90an sebanyak 6 musim. Selepas dari kejayaan siri itu, Will Smith meneruskan kariernya di Hollywood sebagai pelakon A list, dan juga membuat 4 album secara solo.

Seorang bapa yang penyayang, Will Smith sentiasa menjadi figura penting dalam mendidik anak-anaknya, Trey (dari isteri pertama, Sheree Zampino), dan dua lagi, Jaden dan Willow, melalui perkahwinannya dengan pelakon Jada Pinkett Smith. 

Will Smith berkahwin dengan Jada Pinkett pada tahun 1997 dan dikurniakan dua orang anak, Jaden dan Willow.

 

Ditemani isterinya di konsert tersebut di Budapest, lihat saja lah sokongan dan sorakan peminat pada Will Smith! Usia memang tak jadi penghalang populariti dan Will Smith adalah bukti kenyataan itu kerana bakatnya diterima semua lapisan masyarakat tak kira tua atau muda. 

Del14