Sanggup Buat Kenyataan ‘Fake’, Didi Astillah Persoal Permohonan Maaf Ruhainies – “Selama Ni Aku Diam Je Tau! Tapi Bila Nampak Si Manipulator Ni Buat Interview…”

Walaupun tidak pernah mengulas lanjut mengenai kontroversi yang menimpa kakaknya, Bella Astillah, Didi Astillah atau nama penuhnya, Dayang Nazilah Awang Astillah bagaimanapun seakan sudah ‘muak’ melihat tindakan dan permohonan maaf yang dilakukan pelakon, Ruhainies menerusi program hiburan popular, Melodi pada Ahad.

Katanya, selama ini dia hanya mendiamkan diri dan melihat tindakan pihak Ruhainies memanipulasi keadaan termasuklah, membuat kenyataan ‘fake’ mengenai isu khalwatnya.

Justeru, tidak tahan dengan sikap dan permohonaan maaf yang dibuat aktres itu, Didi tampil mempersoalkan permohonan maaf Ruhainies menerusi hantaran di Instagram miliknya.

“Selama ni saya diam je tau… tapi adik-beradik sebelah sana backup dia siap buat fake statement tangkapan khalwat. Tapi bila nampak si manipulator (Ruhainies) ni buat interview niatnya nak minta maaf lah… berdamai lah, terus ringan jari ni nak menaip.

“Kak Long saya (Bella Astillah) tu tengah sibuk kerja dekat China. Kenapa sekarang? Kenapa bukan masa kes khalwat? Dah lah kau fitnah sini sana,” soalnya.

 

Sementara itu, Didi menegaskan, tindakan Ruhainies memohon maaf menerusi program Melodi hanyalah sekadar menutup malu selepas bukti perbualan mesranya menerusi WhatsApp tular.

Malah, dia juga memaklumkan, bahawa suatu hari nanti kebenaran pasti akan berpihak kepada orang yang baik.

“Dia orang ni kan lupa tau hujung-hujung kebenaran pasti akan berpihak pada orang yang baik.

“Tiba-tiba je sekarang buat muka sedih konon nak minta maaf selepas perbulaan L U, L U S M tu. Saya tak pernah ye kacau dia, dia yang kacau Kak Long  saya,” jelasnya.

Terdahulu, Ruhainies kelihatan sebak apabila mengakui khilaf yang dilakukannya terhadap Bella Astillah dan mengaku mahu berdamai.

ARTIKEL BERKAITAN:Mahu ‘Move On’ & Mengaku Khilaf, Ruhainies Mohon Bella Astillah Maafkan Kesalahan-“Saya Rasa Tak Boleh Delayed, Saya Nak Berdamai”

ARTIKEL BERKAITAN:Bukti WhatsApp Antara Aliff Aziz & Ruhainies Didedahkan, Nama ‘Emma’ & ‘Chacha’ Pun Kena Petik Sebab Dakwa Bella Astillah Try Hard?

Salma Syahbuddin