“Satu Hari Akan Ada Yang Boleh Terima Saya Seadanya Dengan Ikhlas…” – Masih ‘Struggle’ Untuk Berubah, Zarina Anjoulie Mohon Beri Ruang

Konflik hubungan percintaan antara pelakon, Zarina Anjoulie dan kekasihnya, Datuk Seri Khazrul Ezley didakwa terlerai selepas dikhabarkan ikatan tali pertunangan mereka telah putus.

Terkini, berdasarkan hantaran di Instagram Story, Zarina atau lebih mesra disapa Anju itu meluahkan perasaannya serta memaklumkan dirinya masih beruasaha sedaya upaya untuk berubah.

Dalam pada itu, Anju turut memohon ramai pihak agar memberikannya ruang untuk mengubat hati yang lara ekoran spekulasi kisah pertunangannya terputus di tengah jalan.

“Anju minta maaf kepada semua pihak ya. Saya minta maaf saya tak cukup sempurna.. Saya masih struggle untuk berubah slow-slow.

“Satu hari ada yang boleh terima saya seadanya dengan ikhlas… Let me heal in peace ya, I love you guys so much,” tulisnya.

Sebelum ini, bekas tunangnya, Khazrul memuat naik hantaran di TikTok story yang mahu meneruskan persahabatannya bersama Anju.

Artikel Berkaitan: “Tak Sebaik Yang Mama Impikan” – Hanya Mahu Teruskan Persahabatan, Zarina Anjoulie & Khazrul Putus Tunang?

Sekadar info, Anju dan Elzey mengikat tali pertunangan dan berkongsi di media sosial pada 22 Januari 2023 namun hantaran tersebut telah dipadam oleh kedua-dua belah pihak.

Terdahulu, Anju pernah mendirikan rumah tangga bersama Eilyas Azhar pada 2020 tetapi mengambil keputusan untuk bercerai pada Mei tahun lalu.

Anju juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuda dari Brunei pada 2015, namun telah bercerai pada Disember 2016.

Aqilah Paharuzi