Hiburan By: Salma Syahbuddin July 24, 2018 @ 3:31am

“Satu-satunya Penyesalan Saya? Lambat Berhijab…”- Norish Karman

Siapa tidak kenal dengan pelakon serba boleh ini, bagilah apa sahaja watak beliau pasti tidak akan menghampakan penonton. Setuju? Namun, pelakon ini tampil dengan imej barunya yang kini sudah berhijab. 

Norish Karman berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi aplikasi question di laman instagram miliknya semalam dengan menulis tentang sebab dan musabab kenapa beliau kini tampil berhijab.

 

 

Iman itu bukan ketika berHijab semua kealiman dan ilmu agama diserap terus melalui tudung..:NO !! Ilmu agama itu sudah semestinya dipupuk ,dididik diterap dari kecil lagi… Alhamdulilaaah Ku dikurniakan seoramg Bapak yggvsgtvkaya dgn Ilmu agama dan pendirian hidup yg sgt mewah dgn panduan Quran ,Ustadz Karman yg telah byk mendidik sgale ilmu agama yg ada pd ku dan adikberadik… Pada usia ,6tahun Bapak dah guna rotan kalo tak solat dan Puasa.. 7tahun dah kena diri atas kerusi utk hafal Muqaddam , Ayatul Qursi,Surah Yusoff , 8tahun dah kena hafal makna Yaasin kemudian perlahan2 hafalkan surah Yaasin setiap hari Khamis kamindimestikan solat berjemaah dan Yaasin beramai2…atau kena hukum? 9tahun kena paksa bertanding Berzanji,Syarahan agama masa Maulidur Rasul di majlis2 ilmu dan juga di Masjid… Waktu ptg kena pegi Sekolah agama Isnin sampai Khamis lepas balik dari sekolah circular… Bila balik rumah ,ramai org dtg belajar agama dgn Bapak dan ramai juga yg Bapak bantu didik utk peluk agama Islam,jadi dulu Bapak serahkan pd me tugasan mengajar Syahadah dan Muqaddam utk yg baru mula class…. Berpuluh2 tahun dididk JGN miss solat Sunat sblum Subuh ,jgn lambatkan Subuh ,lepas solat Subuh cuba baca Yaasin sekali… JGN miss Dhuha walau ape sekalipun 2rakaat atau 8rakaat paling best Bapak pesan…lepas Dhuha cuba Yaasin 1-3x jika mampu… itu semua la yg me laksanakan setiap hari dan dari anak2 me kecil me dah didik anak2 semua cara yg sama Bapak didik me…. ermm i think im more stern n strict to my children as a single mum d world constantly eyein for my mistakes in raising my kidz almaklum rumah takde Father figure jadi org2 selalunya bertanggapan bhw anak2 yg bercerai ibu bapa pasti punyai akhlak yg tidak baik, gagal dlm pelajaran dan byk lagi tanggapan negative yg kini me tangkis dgn sgale usaha mendidik anak2 dgn sepenuh hati dan didikan agama yg me dahulukan… iyer sampai me hilang sgalenya career ,hilang kwn2 duniawi, hilang harta dunia hanya krn me berkorban demi masa jiwa raga utk tumbesaran anak2 senantiase dlm pengawasan me…. My One & biggest regret ?? Lambat berHijab??? Sumtg i shuld hv done long agO…. #hidayahituindah #cintaBapa

A post shared by warriorQueen?? (@rischkarman) on

 
Norish juga memberitahu bahawa, beliau mula mengenakan hijab pada 23 Februari 2018 lalu dan keputusan ini adalah hadiah buat bapanya, Karman Sukarjo sempena hari ulangtahun beliau.
 
Tambahnya lagi, adalah sangat rugi sekiranya anak-anak perempuan tidak memakai tudung dan menutup aurat. 
 
Alhamdulillah, kami di xtra mengucapkan semoga Norish sentiasa istiqomah dan diharap pesanan ini menjadi inspirasi buat anak muda diluar sana.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 Aug 2019

Pengalaman Mematangkan Fasha Sandha

Kita hidup hanya sementara, buang jauh benci dan sengketa

Hiburan Wed, 21 Mar 2018

BTS’s Store in Japan Gets Flooded With 15,000 Fans!

BTS recently opened up a store in Harajuku, Japan and fans truly went wild.

Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Selepas Tiga Tahun, Justin Bieber Akhirnya…

Bieber yang bakatnya dicungkil menerusi platform Youtube pada tahun 2007 mencetuskan fenomena luar biasa di seluruh dunia.

Hiburan Tue, 18 Sep 2018

Wah…Tegar Yang Dulu Bukan Yang Sekarang!

Lagu Tetap Di Hati berkisar mengenai hubungan saya dengan gadis yang berasal dari keluarga kaya. Kami saling menyayangi, tetapi kedua-dua orang tuanya tidak bersetuju kerana saya hanya orang biasa

Events Fri, 22 Jun 2018

Bekalan Darah Di Kedah, Perlis Kritikal

Justeru Jabatan Kesihatan Kedah menyeru orang ramai untuk menderma darah berikutan kekurangan bekalan semakin kritikal.

Hiburan Sat, 21 Aug 2021

Penyanyi Baharu Syabil Dapat Inspirasi Menerusi Lagu Justin Bieber

Muncul dengan single berjudul L.O.V.E, penyanyi baharu, Syabil menjelaskan idea lagu terbabit terinspirasi daripada lagu penyanyi antarabangsa terkenal, Justin Bieber. Bagi pemilik nama Syabil Zulkufli ini, lagu cinta yang sering ditampilkan Bieber cukup jujur dan […]

Hiburan Sun, 4 Nov 2018

Jari Manis Disarung Cincin, Raja Ilya Dilamar Ahli Perniagaan

Berita baik itu dikongsi Raja Ilya menerusi gambar jari manisnya disarung cincin apabila dilamar kekasih.

Events Fri, 12 Jan 2018

HERE’S THE COMPLETE LIST OF WINNERS FROM GOLDEN DISK AWARDS 2018

Golden Disk Awards 2018 is here again for a whole new year, and we have the complete list of winners! Let us check out who are the winners for this year, shall we?