“Saya Akan Jumpa Awak Nanti” – Peserta Realiti TV Gelar Isteri ‘Pelacur’, Caprice Cabar Cakap Depan-Depan?

Penyanyi rap, Caprice mencabar seorang individu yang merupakan peserta program hiburan televisyen berbayar untuk berdepan dengannya.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, individu yang dikenali sebagai Farid Amry itu seperti bersetuju bahawa isterinya seorang ‘pelacur’.

“Ahh ok @faridamry jadi awak SETUJU yang isteri saya seorang pelacur? Ok ok. Cakap macam tu depan-depan nanti yah. Saya akan jumpa awak nanti,” tulis Caprice.

Tambahnya lagi, Caprice turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang melibatkan isterinya dalam isu ‘panas’ yang berlaku melibatkan pendakwah di negara ini.

“Once again dari Twitter, Facebook, TikTok kita dicaci, maki, sampai orang sokong panggil isteri saya seorang pelacur. Macam ni ke orang kita?

“Hanya kerana kita bongkar seorang PU yang gay dan pedo demi keselamatan budak-budak sekolah dan bantu mangsa-mangsa kedepan?,” ujarnya.

Berdasarkan pemerhatian Xtra, Farid dilihat bertindak menukar tetapan akaun Instagram miliknya kepada privasi sebaik sahaja isu ini hangat diperkatakan.

Maya Basir