“Saya Akan Tunggu Restu Mama & Ayah, Tak Mudah Lihat Tangisan Di Kaca TV” – Syamsul Yusof

Berita berhubung perkahwinan kedua, pengarah filem sensasi, Syamsul Yusof dan Ira Kazar dikhabarkan bernikah pada 6 Januari lalu sehingga kini masih hangat menjadi perbualan ramai.

Malah, ibunya, Datin Patimah Ismail seakan menentang sekerasnya dan tidak merestui perkahwinan tersebut. Malah, di ruangan media sosial beliau sentiasa memberi sokongan kepada menantu pertama, Puteri Sarah Liyana.

Susulan itu, Syamsul menerusi sebuah temubual ekslufif bersama Harian Metro meluahkan perasaan sayu serta mengakui akan berusaha sekerasnya untuk meminta restu daripada ibunya serta bapanya, Datuk Yusof Haslam.

Syamsul mengakui tidak mudah untuk melihat air mata bapanya, pengarah dan penerbitan filem tersohor tanah air tumpah di kaca televisyen (TV).

Artikel Berkaitan: “Bohonglah Kalau Saya Tak Kecewa” – Yusof Haslam Terkilan, Harap Syamsul Lebih Bertanggungjawab

“Saya sedar keputusan saya ini tidak mudah mereka terima. Namun, seperti saya kata tadi ia adalah mengenai masa. Saya berdoa agar masa mengubat kami semua.

“Saya akan mencuba sedaya-upaya untuk memujuk semula hati ayah dan mama. Saya tahu ia bukan mudah. Insya-Allah saya tidak akan pernah berhenti mencuba. Doakan

“Yang paling penting ialah mama saya. Mama, restu mama adalah paling penting dalam hidup Syamsul ini. Biarlah terbang sampai ke bulan sekalipun ia tidak ada makna tanpa restu mama.

“Kalau restu itu harus Syamsul tunggu, maka akan Syamsul tunggu sampai bila-bila,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Dah Tiada Rasa Hormat, Awak Mahukan Perpisahan? Baik…” – Syamsul Yusof Kecewa Dimaki, Tampil Dedah Sebab ‘Block’ Puteri Sarah

Sementara itu, Syamsul mengucapkan terima kasih kepada bapanya dan berteguh akan mendapatkan restunya meskipun sukar melihat kesakitan yang dilalui Yusof Haslam.

“Ayah, tangisan ayah di TV bukan mudah untuk Syamsul tonton. Terima kasih ayah kerana seolah-olah masih ada perasaan yang ayah barangkali memahami dan merestui.

“Namun itu bukan bermakna Syamsul puas hati begitu saja kerana Syamsul akan berusaha untuk mendapat restu ayah satu hari nanti. Insya-Allah,” katanya.

Sebelum ini, dalam temubual sama bersama Harian Metro, Syamsul tampil mendedahkan sebab disebalik keputusan untuk menikahi anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi.

Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Buka Mulut Isu Bernikah Dengan Ira Kazar, Dedah Sebab Tak Minta Izin Isteri Pertama – “Tak Mudah Untuk Terima, Beri Saya Peluang…”

Sumber/Kredit: Harian Metro

Aqilah Paharuzi