Hiburan By: SGMS Faida August 5, 2019 @ 5:44pm

‘Saya Anggap Fizo Macam…’- Hawa Rizwana Jawab Gosip Cinta

Gara-gara komen yang ditinggalkan di ruangan Instagram milik penyampai berita Buletin Utama TV3, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, nama pelakon Fizo Omar kini terus menjadi bualan.

Maklum sahaja selepas bergelar bapa tunggal, apa sahaja yang ditulis oleh Fizo di laman sosial nampaknya terus menjadi perhatian.

Namun begitu, Hawa memberitahu pelakon itu ada menghubungi bapanya, Profesor Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman untuk meminta maaf.

“Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ayah faham dunia hiburan tidak dapat lari daripada usikan atau gosip. Saya sendiri sudah lupa perkara remeh itu.

“Tetapi, Fizo yang saya anggap sebagai abang ikhlas memohon maaf. Ayah berkata, Fizo serba salah apabila nama saya dan keluarga diperkatakan ramai, gara-gara komen yang ditulisnya.

“Sebagai individu yang pernah merasai asam garam dunia penyiaran, ayah tidak marah atau terkesan dengan usikan sebegitu,” katanya kepada BH Online. 

Terdahulu, Fizo meninggalkan komen dalam satu muat naik di Instagram Hawa apabila memuji cara dia mengendalikan sebuah acara.

Susulan itu, warganet meninggalkan pelbagai komen nakal, malah turut mendakwa pelakon yang baru menjadi duda itu cuba menawan hati Hawa.

Gadis berwajah iras Neelofa itu mengakui, mereka memang sudah mengenali antara satu sama lain, namun hanya sebagai abang dan adik, memandangkan Fizo ialah kenalan bapanya.

Fizo pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Mawar Karim pada November 2013, tetapi berpisah pada 10 Julai lalu. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam.- BH Online. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 Sep 2022

Dapat Tajaan Buat Rawatan Bariatrik, Tetapi Nora Ariffin Menolak Gara-Gara…

Wah siap dapat sponsor lagi.. Eh, tapi kenapa ditolak?

Hiburan Fri, 2 Aug 2019
Hiburan Sat, 7 Apr 2018

Suami Noryn Aziz Mohon Kesudahan Terbaik

Harapan saya sudah tentu mahu isu rumah tangga kami selesai dengan kesudahan yang baik, dan saya mohon semua pihak mendoakan yang terbaik buat kami…

Hiburan Fri, 23 Aug 2019

Halal Gap? Ernie Perjelas Isu Pegang Tangan Syamel

Biasalah tu, diorang kan rakan duet?

Hiburan Mon, 26 Feb 2024
Featured Mon, 29 May 2023