Pendakwah bebas yang mula meniti populariti menerusi Pencetus Ummah Musim Keempat iaitu PU Rizz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail dilaporkan sah positif COVID-19.
Perkara tersebut disahkan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkenaan PU Riz yang dikatakan mula mengalami simptom demam panas sejak 3 hari lalu.
Keluar Rumah Hanya Untuk Beli Barang Keperluan
Menurut laporan Harian Metro hari ini, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, beliau hanya duduk di rumah dan hanya akan keluar untuk membeli barang keperluan sahaja.
“Sepanjang PKP, kalau keluar rumah pun pergi barang keperluan saja. Cuma, rumah saya betul-betul berada di hadapan Masjid Jamek Seri Petaling. Saya juga kerap sembahyang di situ sebelum masjid itu ditutup akibat wabak ini.
Saya reda dengan berita ini. Saya anggap ia adalah ujian Allah SWT. Kalau kita menjaga kesihatan sekali pun, tapi kalau Allah nak datangkan sakit juga, memang tak boleh elak,” katanya kepada Harian Metro.
Pelakon “Ada Apa Dengan Dosa” itu mengharapkan doa daripada semua warga Malaysia agar kesemua pesakit yang disahkan positif segera pulih dan bebas daripada wabak ini.
Sekali lagi diingatkan buat semua golongan supaya tidak berdegil dan patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan dan setiap individu wajib dan peka untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai topeng muka dan hand sanitizer sekiranya berada di tempat awam sebagai langkah pencegahan daripada merebaknya wabak Koronavirus.
Untuk maklumat berkaitan dan info terkini tentang COVID-19, korang boleh lihat di TV3 dan laman Youtube Buletin Utama okay?
Kredit: Harian Metro, Instagram Haris Ismail
Baca Juga: Alami Simptom Batuk Dan Kurang Selera Makan, Harimau Malaya Bernama ‘Nadia’ Ini Positif COVID-19
Baca Juga: Baca Juga: “Kami Semua Duduk Bilik, Lambai Dari Jauh Sahaja” – Kongsi Permaisuri Agong Selepas 16 Kakitangan Istana Positif COVID-19