Featured By: Salma Syahbuddin July 21, 2022 @ 2:07pm

“Saya Baru Cakap Sepatah, Dia Pula Dengan…” – Didakwa Sebar Aib Suami, Nadya Syahera Tampil Mohon Maaf

Baru-baru ini pelakon Nadya Syahera dilihat berkongsi mengenai kisah rumah tangganya yang sedikit bergolak apabila suaminya, Fizul Nawi terlalu sibuk dengan urusan kerja.

Malah, tindakan suaminya yang terlalu fokus terhadap kerja menjadi penyebab utama aktres itu berasa tertekan lebih-lebih lagi terpaksa memikul tanggungjawab menjaga anak seorang diri.

ARTIKEL BERKAITAN:“Pergi Thailand Berminggu-Minggu Kerja, Tinggalkan I Dengan 3 Anak Terkontang-Kanting” – Nadya Syahera Tertekan Dengan Suami?

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Perlukan Harta Benda, Cukup Bagi Perhatian” – Nadya Syahera Akui Rumah Tangga Bergolak Gara-Gara…

Namun, tindakannya yang dilihat terlalu mudah berkongsi mengenai isu rumahtangga di media sosial, dianggap sebagai sengaja menyebarkan aib suami apatah lagi, beliau sendiri mengakui yang sebelum ini masalah timbul gara-gara kurangnya komunikasi diantara mereka berdua.

“Kami berdua sebenarnya perlu banyak komunikasi. Saya tengah prepare untuk jadi lebih baik dan sama jugak di pihak suami. Kami tengah perbaiki,” katanya.

Meskipun dilabel dengan gelaran itu, pelakon yang popular menerusi drama Bencinta ini menjelaskan, baginya tiada niat untuk membuka aib sesiapa termasuklah suami, kerana posting tersebut hanyalah ditulis secara rawak.

“Saya tak ada nak aibkan sesiapa. Saya tulis pun secara random. Itu pun hanya 10 peratus apa yang saya rasa… dia pun dah fikir secara rasional dan boleh terima.

“Memang dia marah dan kecewa bila saya memilih platform media sosial untuk bercakap dengan dia. Tapi saya terangkan balik. Saya baru cakap sepatah, dia dengan telefon bimbit dan dunia dia,” jelasnya.

Justeru itu, Nadya memohon maaf kepada semua pihak yang berasa kurang senang dengan kata-kata mahupun tindakannya sebelum ini.

“Saya bagi pihak dia juga ingin meminta maaf atas kata-kata di Instagram sehingga ada pihak yang berasa kurang senang dengan tindakan saya… saya terima apa sahaja yang orang cakap. Yang negatif saya tolak tepi sebab taknak kusutkan kepala,” jelasnya.

Untuk rekod, Nadya Syahera dan suami berkahwin pada September 2015. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aleena Rose, 7, Mohamad Dayyan, 6, dan Muhammad Barr Adam, 3 bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 Oct 2018

‘ Saya Bangga Jadi Muslim’, Sinead O’Conner Umum Peluk Islam

Kawan rapat, Elaine memberikannya hijab pertama dan beliau seram sejuk seluruh badan sewaktu melihat Shuhada menyarungkannya.

Hiburan Tue, 13 Mar 2018

容祖儿刘浩龙被爆「苦恋5年」无果分手

容祖儿纵横香港乐坛10多年,影视歌三栖,「粤语天后」当之无愧,不过在感情这部分则是相当低调,和圈内男友刘浩龙至今交往5年,却在外界认为两人交往稳定之际,近日被爆已经分手,对此双方均未正面回应。

Hiburan Wed, 26 Jun 2019

Terima Berita Adik Putus Cinta, Asyraf Khalid Luah Rasa Sedih

Tyra memiliki masa depan cerah, mana-mana lelaki yang memiliki awak sangat bertuah.

Trending Mon, 9 Apr 2018
Selebriti Sat, 3 Jun 2023
Trending Fri, 9 Feb 2018

Dijangkiti ‘Cacing Dalam Kaki’ Gara-Gara

Pengalaman Ngeri, Saya Dan Suami Dijangkiti ‘Cacing Dalam Kaki’ Gara-Gara Tidak Pakai Kasut Semasa Main Air Di Tepi Pantai

Trending Tue, 14 Apr 2020
Trending Mon, 23 Oct 2023

Suami Orang Pakai Tudung, Kantoi ‘Skodeng’ Dalam Tandas Wanita

Dah lah suami orang! Tak senonoh betul dia ni. Hati-hati wanita di luar sana.