‘Belum Sedia Bercerita’- Sharnaaz Ahmad Kunci Mulut Isu Isteri Fail Penceraian

“Hari ini ramai telefon saya dan bertanya mengenai hal ini. Apa yang saya boleh cakap, 30 minit hari jadi anak saya…saya hanya mahu ucap selamat ulang tahun kepada dia,” ujar pelakon Sharnaaz Ahmad ketika ditanya mengenai situasi rumah tangga, pada masa ini.

Sharnaaz ketika ditemui di majlis pra-tonton filem Wangi malam tadi enggan mengulas panjang mengenai gosip mengatakan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor sudah memfailkan perceraian. 

“Saya belum bersedia bercerita mengenai hal ini. Ini mungkin sahaja andaian, saya tidak berani cakap lebih kerana saya bimbang apa yang saya katakan ini akan memudaratkan lagi keadaan.

“Ya, saya tahu sebelum ini saya banyak bercakap tetapi kalau yang ini soal keluarga. Saya tidak mahu cakap bimbang boleh menjejaskan kedua-dua pihak,” katanya tenang. 

Sebelum ini, perkahwinan antara Sharnaaz dan Noor Nabila dikatakan pernah berdepan masalah. Namun, perhubungan mereka dilihat semakin pulih, sejak Februari lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden, pada Ogos tahun lalu.

SGMS Faida