Hiburan By: SGMS Faida June 10, 2018 @ 9:22am

Saya Betul-Betul Minta Maaf…

Bintang Bollywood terkenal, Priyanka Chopra, hari ini memohon maaf selepas kemarahan tercetus berhubung siri televisyen Amerika Syarikat menunjukkan beliau mendedahkan plot keganasan yang ditimbulkan pelampau Hindu di India.

Dalam satu episod drama ‘Quantico’ menunjukkan karektor Chopra, ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bernama Alex Parrish, menggagalkan pelan itu dan menyedari seorang daripada pengganas memakai lambang Hindu.

Pengganas cuba memerangkap Pakistan bagi serangan yang dirancang menjelang sidang kemuncak mengenai Kashmir, wilayah Himalaya yang menjadi rebutan dan didakwa India dan Pakistan sebagai hak mereka.

Episod berkenaan, yang ditayangkan pada 1 Jun lalu, mencetuskan kemarahan di India dengan ramai peminat menggunakan media sosial untuk memalukan pelakon berkenaan dan menggelar beliau ‘pengkhianat’.

Chopra, yang juga bekas Ratu Dunia, berkata beliau berbangga sebagai rakyat India dan tidak akan berubah.

“Saya amat sedih dan meminta maaf kerana sentimen yang kecewa dengan episod dalam Quantico.

“Ia bukan niat saya. Saya benar-benar minta maaf,” kata aktres berusia 35 tahun itu dalam akaun Twitter.

Penerbit drama jenayah itu, ABC Studios, juga memohon maaf tetapi mempertahankan Chopra yang menjadi pelakon utama rancangan itu.

Sumber: BH Online

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 24 Jul 2021

“Netizen Jangan Taasub Dan Cuba Jadi Hakim..”- PU Syed Tegur Netizen Isu Ebit Lew & Caprice

Isu melibatkan misi bantuan kemanusiaan antara Ebit Lew dan Caprice semakin hari semakin mendapat perhatian ramai. Malah, kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Ebit Lew mahupun Caprice tidak menunjukkan tanda-tanda mereka akan menemui jalan penyelesaian. Walaubagaimanapun, […]

Featured Thu, 13 Oct 2022
Featured Tue, 21 Feb 2023
Featured Sat, 18 Jun 2022
Hiburan Sun, 31 Dec 2023

Bukan Senang Nak Istiqamah, Umie Aida Ingatkan Artis Jangan Tinggalkan Akhirat – “Kalau Fokus Indusri Sahaja, Kita Goyang”

Terima kasih Datin Seri Umie Aida buka peluang kita beramal dan mencari ilmu melalui Musollah Aisya, Alhamdulillah🤲🏻

Featured Sat, 16 Mar 2024

Rakaman CCTV Kantoikan Marissa Dania… Abby Kongsi Kronologi Anak Nikah Di Thailand

Sebak pula tengok Abby Abadi ni. Da cukup dah dia bagi didikan agama kat anak-anak.