Hiburan By: Khairil Khusyairi September 19, 2022 @ 6:50pm

“Saya Bukan ‘Ah Long'”- Adam Corrie Dedah Terima Banyak Mesej Minta Bantuan

Pelakon Adam Corrie mendedahkan hampir setiap hari dia menerima mesej orang ramai untuk meminta pertolongan dari segi kewangan.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon berusia 53 tahun itu berkata dia tidak dapat membantu kerana dia hanya bergelar seorang artis biasa dan bukan ‘Ah Long’.

“Setiap hari saya terima mesej meminta tolong daripada segi kewangan. Kena kejar dengan ah long, kena kejar dengan bank sebab tak bayar hutang dan macam-macam lagi. 

“Saya tak boleh nak payung (membantu) kerana di luar kemampuan saya,” tulisnya.

Pelakon filem KL Gangster itu juga tetap membantu dengan memberikan nombor telefon atau laman web pihak berwajib untuk rujukan individu berkenaan.

“Saya hanya akan berikan nombor telefon atau laman web pihak berwajib untuk tuan puan hubungi meminta bantuan.

“Saya doakan tuan puan semua selalu dilindungi Allah SWT dari segala keburukan dan mara bahaya,” tambah Adam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee)

Sekadar info, Adam mendirikan rumah tangga bersama Fazima Fuad pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Adam Fateh Lee, 4.

Sumber: Instagram adamcorrielee

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 12 Aug 2018

‘Awek Cendol’ Putus Cinta?

Perkongsian beberapa info dan gambar di laman Twitter menulis, pasangan yang pernah hangat bercinta itu dikhabarkan kini membawa haluan masing-masing.

Events Mon, 25 Nov 2019

妇唱夫随!李李仁为陶晶莹站台献大马处女唱

陶晶莹演唱会引领全场走入时光隧道,特别嘉宾「姐夫」李李仁也卯足全力,以吉他为爱妻伴奏,随后又开口献唱,夫妇俩携手上演一场游走弹唱的甜蜜戏码!

Hiburan Mon, 1 Apr 2019
Hiburan Mon, 16 Dec 2019
Hiburan Mon, 17 Feb 2020
Featured Tue, 6 Sep 2022
Hiburan Tue, 19 Jul 2022

Bekas Personaliti TV3, Zalina Azman Dilaporkan Hilang Sejak November 2021

Allahu, semoga urusan pencarian dipermudahkan…