’Saya Dah Sedia’- Alif Satar Bakal Tukar Angin?

Selebriti Alif Satar antara figura yang dilihat sangat serba boleh. Menyanyi, mengacara, berlakon, komposer lagu, semuanya berjaya dilakukan baik.

Dalam masa sama, Alif kini mengorak langkah sebagai penerbit untuk drama berjudul Rindu Cinta Zulaikha.

“ Saya sudah bersedia. Sebagai selebriti saya ingin mencuba pengalaman baharu dan memberi manfaat kepada khalayak.

“ Bersama sahabat saya, Ahmad Zainuddin, hos rancangan Big Stage kami akan menerbitkan telefilem pertama menerusi syarikat produksi Cupro,” katanya.

Tambah Alif, dia sudah mencuba pelbagai cabang seni semenjak muncul dalam bidang seni.

” Menerusi telefilem Rindu Cinta Zulaika ini, selain bergelar penerbit, saya juga turut membintanginya bersama Uqasha Senrose, Ruzana Ibrahim, Riz Amin, PU Riz dan ramai lagi. Ia akan bersiaran di RTM,” kata Alif.

Dalam perkembangan lain, Alif juga bakal sibuk dengan perniagaan jenama pakaian, Buranku memandangkan musim perayaan bakal tiba tidak lama lagi.

SGMS Faida