Events By: Salma Syahbuddin January 15, 2019 @ 3:47pm

“Saya Doakan Dia Segera Sembuh” Khai Bahar Enggan Perjelas Hubungan Bersama Wany Hasrita

Finalis Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) ini lebih senang berdiam diri mengenai lawatannya ke atas penyanyi, Wany Hasrita apabila pemenang ABPBH 31 itu dimasukkan ke hospital minggu lalu.

Menurut Khai, adalah lebih baik sekiranya dirinya mengambil langkah tersebut bagi mengelakkan fitnah. Dan, biarlah ianya hanya menjadi rahsia antara dirinya dan Wany.

“Biarlah Rahsia, apa yang paling penting adalah sebagai kawan saya doakan dia segera sembuh. Saya sebenarnya tak kisah pun dikatakan rapat dengannya. Tetapi dalam soal, lawat atau tidak, saya cuma takut iana menjadi salah faham. Takut timbul fitnah nanti.” Katanya ketika ditemui pada majlis perlantikan beliau sebagai duta produk.

Menurutnya, bukan Wany sahaja sering dikaitkan dengan beliau malah, penyanyi lagu Bunga, Ara Johari juga turut dikaitkan menjalinkan hubungan dengan Khai. 

” Biarlah asalkan peminat happy, janji jangan lebih-lebih.” Tambahnya.

Sumber : Instagram @khaibahar

Rata-rata peminat kedua-dua penyanyi ini sering mengusik dan menganggap Khai Bahar dan Wany Hasrita adalah pasangan secocok  selepas kedua-duanya dilihat muncul dalam  sebuah program hiburan baru-baru ini. Malah, ada yang sanggup membuka akaun instagram khas untuk Khai dan Wany. Wow!

Apapun, tindakan yang diambil oleh Khai Bahar, 24 ini adalah tindakan yang bijak dan matang. Macam ni lah penyanyi yang kita nak!

Kepada semua peminat Khai Bahar jangan lupa dapatkan tiket AJL33 dan terus jangan lupa meriahkan malam AJL33 nanti. Yang penting jangan lupa undi artis favourite korang okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Fri, 22 Sep 2023
Hiburan Tue, 2 Jan 2024
Hiburan Wed, 15 May 2019

Dulu Playboy, Amir Hasan Mengaku Dah Insaf

Wow, betul power ni ada 13 bekas teman wanita.

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

BTS Dominates Radio Disney Music Awards

They were nominated for several awards that night.

Hiburan Fri, 5 May 2023
Featured Wed, 7 Sep 2022

Elizabeth Tan Turut Diganggu Individu Berstatus Isteri Orang – “Macam-Macam Saya Terima”

Kesian Lizzy selalu kena ganggu dekat sosial media sendiri.. Tak ada rasa malu agaknya..

Featured Tue, 12 Apr 2022