Hiburan By: SGMS Faida February 13, 2019 @ 4:17pm

‘Saya Harap Emma Kuat…’- Uqasha Senrose Minta Netizen Henti Kaitkan Dirinya

Gara-gara kontroversi yang melanda Emma Maembong baru-baru ini, sebilangan besar netizen mengaitkan isu ini dengan pelakon Uqasha Senrose.

Ini kerana Uqasha pernah berdepan dengan situasi serupa apabila dikecam menanggalkan tudung selepas beberapa tahun memakainya.

“ Jujurnya saya tak layak nak menasihatkan Emma. Saya percaya dia ada sebab tersendiri membuat keputusan berkenaan.

“ Cuma saya berharap dia kuat mengharungi dugaan selepas ini. Saya tahu dia kuat mengharungi kritikan. Doakan terbaik, siapa tahu selepas ini, pintu hati Emma terbuka kembali untuk bertudung,” katanya yang enggan dikaitkan dengan isu berkenaan.

Pelakon Spanar Jaya X ini pernah mengambil keputusan serupa pada Ogos 2016 selepas tiga tahun berhijab.

Dalam pada itu, Uqasha berharap agar netizen tidak lagi mengaitkan isu ini dengan dirinya.

“ Saya harap netizen hentikannya, jangan kaitkan saya dengan benda yang sudah lepas.

“ Masing-masing ada ujian berbeza. Saya rasa tak perlulah kita ungkit kembali,” katanya tenang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Kena ‘Bahan’ Di Instagram Perkara Biasa, Tak Payah Komen Lebih-Lebih – Zarina Anjoulie

Fathia Latiff sengaja mahu membahan beliau dengan memuat naik gambar tersebut dilaman sosialnya.

Events Tue, 14 May 2019
Featured Tue, 4 Jul 2023
Hiburan Thu, 21 Dec 2017

6 VIDEO ARTIS PALING DIKECAM TAHUN 2O17!

Tahun 2017 hampir melabuhkan tirainya, pelbagai isu kontroversi menghimpit dunia hiburan pada tahun ini. Bermula dengan kes video viral yang menerima kecaman netizen sehingga kepada kes yang membawa kepada pergaduhan

Featured Sat, 12 Feb 2022
Hiburan Wed, 27 Dec 2023