“Saya Hilang Diri Sendiri, Segala Kontroversi Adalah Wake-Up Call…” – Ismail Izzani

Penyanyi sensasi, Ismail Izzani menyedari sejak awal pembabitan dalam industri namanya tidak lari daripada terpalit dalam segala kontroversi.

Pelantun lagu Sabar itu bagaimanapun mengakui tidak terganggu dengan segala isu mengenai dirinya seperti yang heboh di serata media sosial.

Ismail ketika ditemui di Karnival Jom Heboh baru-baru ini berkata kontroversi yang berlaku itu membuatkannya tersedar dari lamunan untuk terus memberi fokus sepenuhnya kepada diri sendiri.

“Berada dalam industri adalah satu perkara yang tak mudah sebab orang ramai sekeliling memerhati tindakan kita.

“Mereka tak tahu apa yang berlaku dalam kehidupan dan masalah peribadi saya.

“Segala isu-isu yang terjadi mengenai saya sebelum ini adalah satu wake-up call. Dalam setahun lama tu saya kehilangan diri sendiri.

“Dalam masa sama saya berehat untuk memperbaiki keyakinan diri.

“Setiap yang berlaku banyak mengajar saya untuk terus belajar, lebih fokus dan untuk membuktikan untuk diri sendiri, bukan kepada orang lain sebab saya dah penat,” katanya.

Disoal mengenai perkara yang dilakukan sepanjang berehat dari sebarang aktiviti sebagai anak seni, Ismail berkata dia menghabiskan masa bersama keluarga dan mengambil kelas jangka masa pendek.

“Short course in music production online. Alhamdulillah, saya dah habis dah. Banyak habiskan masa dengan keluarga. Plan for future.

“I was lost before but to get back on track it feels so good. I feel very motivated.

“Alhamdulillah, semua dah semakin baik. Saya sangat gembira dapat kembali aktif dalam dunia seni dan mengambil cabaran memegang watak utama,” tuturnya lagi.

Sekadar info, Ismail sebelum ini pernah terpalit dakwaan menghamilkan seorang wanita serta bercumbu di sebuah kelab malam.

Di kesempatan itu, Ismail memegang watak utama dalam drama rantaian slot Akasia Bukan Hanya Sekadar Cinta arahan Datuk A.Aida yang turut menampilkan pelakon dari Singapura Sofia Dendroff, dibantu oleh Muaz Zabir dan Liza Abdullah.

Drama 28 episod terbitan A Aida Productions Sdn Bhd itu ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7 petang, mulai 24 Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Disamakan Dengan Nobita? Ismail Izzani Tak Kecil Hati – “Saya Rasa Bangga Sebab…”

Aqilah Paharuzi