Featured By: Aqilah Paharuzi August 22, 2022 @ 10:01pm

“Saya Jalani Hidup Macam Biasa, Tapi…” – Siti Nordiana Dedah Terima 2 Permohonan Batal Saman Fitnah

Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana tampil mendedahkan perkembangan terkini kes saman terhadap kontroversi lima sekawan iaitu Lan Solo, isterinya Nur Sheila Hashim, Syura Badron, jurusolek bebas, dan pegawai perhubungan awam FMC didakwa telah memfitnahnya pada Julai lalu.

Memetik laporan Media Hiburan, Siti Nordiana Alias atau lebih mesra disapa Nana, 37 memberitahu pihak Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan jurusolek bebas, Razidah Ahmad Senusi, 43, dan pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music Sam Musyadzafar Samin, 44 untuk membatalkan saman fitnah.

“Keputusan tersebut saya terima semalam (Jumaat) daripada peguam saya. Ini adalah keputusan pertama dan saya difahamkan masih ada lagi beberapa permohonan lain daripada pihak sana.

“Yang pertama ini sudah dapat jawapan, ditolak. Keputusan yang diputuskan mahkamah, itulah dia. Apa pun saya serahkan segalanya untuk prosedur perundangan,” ujarnya.

Bagaimanapun, Nana berkata dia tidak dapat mengulas lebih lanjut kerana kes masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Pelantun lagu Terus Mencintai itu mengakui kes saman ini sedikit sebanyak tidak mengganggu emosinya serta memilih untuk meneruskan kehidupan seperti sedia kala.

“Saya jalankan hidup macam biasa. Walaupun mungkin proses ini ambil masa yang lama, tapi tak mengapa, saya okay saja. Hidup dengan cara sendiri.

“Kalau dipanggil untuk perlu hadir ke mahkamah, saya akan hadir. Begitulah,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Siti Nordiana telah memfaikan saman pada 30 Julai 2021 iaitu mendakwa pada 20 Julai 2021 kira-kira 11:58 malam, melalui sebuah siaran langsung yang dikendalikan isteri Lan Solo dan empat individu iaitu teman rapat Nana menerusi akaun Instagram masing-masing telah bertindak mengeluarkan kata-lata fitnah terhadap selebriti itu.

Sumber: Media Hiburan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 17 Oct 2019
Trending Mon, 2 Apr 2018

Bengang Punya Pasal, Isteri Gantung Suami!

Wanita, 26, itu bertengkar dengan suaminya, Fendik Tri Oktasari, 27, di rumah mereka di Sawah Gede, Kedurus, Karangpilang, Surabaya pada malam Jumaat lalu selepas rahsia lelaki itu menjalinkan hubungan sulit terbongkar.

Featured Wed, 16 Mar 2022

“Memang Limited…”- Alif Satar & Izzue Islam Dipuji Sehingga Netizen Wujud ‘Persatuan Suami Setia & Handsome’!

Kadang-kadang Min pun lupa diorang ni suami orang 😂 Segak, bergaya dan paling utama SETIA kepada isteri. Untungnyaaaa 🤩😍

Hiburan Mon, 24 Jun 2019

‘Sumpah Saya Tak Ingat’- Radhi OAG Lupa Frasa Cerai

“Saya berharap dia jujur kepada mahkamah kerana proses ini sangat rumit. Malah, saya juga terikat dengan komitmen kerja,” kata Ayu.

Trending Wed, 17 Aug 2022

Hormat Keputusan Rakan Mahu Bersara, Fedi Nuril Harap Laudya Cynthia Bella Temui Ketenangan

Pelakon Indonesia, Fedi Nuril menghormati keputusan sahabat baiknya, Laudya Cynthia Bella yang mahu bersara daripada dunia hiburan. Menempa populariti menerusi gandingan mereka dalam filem Syurga Tidak Dirindukan, Fedi sebagai seorang sahabat yang banyak bekerjasama dengan

Featured Thu, 27 Feb 2020
Trending Tue, 5 May 2020
Hiburan Thu, 12 Apr 2018

Bantu Bayi Ekzema, Terima Kasih Nedim

Terima kasih Nedim dan Nora Danish sebab sudi membantu kami. Semoga Allah luaskan rezeki anda sekeluarga. Alhamdulillah, terima kasih Nedim dan Nora Danish!

Featured Thu, 10 Jun 2021

Nenek Disahkan Positif COVID-19, Elfira Loy Mohon Doa Orang Ramai

Pelakon, Elfira Loy mendedahkan berita menyedihkan apabila nenek kesayangannya disahkan positif Covid -19. Menerusi perkongsian dalam InstaStorynya, Elfira, 27 sempat berkongsi keadaan neneknya yang disahkan positif selepas menjalani ujian calitan buat pertama, sebelum ujian kedua

Hiburan Wed, 5 Sep 2018

2018「台湾之夜」嗨翻全场!陈建年加码一首歌迷呼赚到

2018「台湾之夜」嗨翻全场!大马原住民歌手Reza Salleh以及来自台湾的柯智棠、吴汶芳和陈建年四小时轮番接唱,让歌迷一次听过瘾。

| Live TV