Hiburan By: Del14 November 17, 2019 @ 3:57pm

“Saya Juga Pernah Kerja Sebagai ‘Cabin Crew’ Tapi Saya Tak Pernah…” – Raja Ilya Tak Puas Hati Dengan Siapa?

Selepas segala usahanya membuat aduan untuk mendapatkan penjelasan dari sebuah syarikat penerbangan lokal menemui jalan buntu, pelakon Raja Ilya memilih untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya melalui satu entri di akaun instagramnya @rajailya.

Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum binti Raja Mohammad (34) berkata dia sendiri pernah bekerja sebagai seorang pramugari dan tidak pernah berkelakuan seperti itu.

“Terlalu banyak kali bersabar…Ilya pun kerja syarikat penerbangan juga sebelum ni, jadi cabin crew (pramugari) juga tapi tak pernah sekali pun layan penumpang macam segelintir mereka sekarang ni.

“Hari ini, rasa lebih-lebih pula, email aduan pun tak jalan, buat panggilan untuk aduan pun tak ambil peduli, jadi macam mana kami nak sampaikan aduan ke pihak yang kena ambil tahu?” tulis Ilya. 

 

 
 
 
View this post on Instagram

Terlalu banyak kali bersabar…. Ilya pun kerja airline gak Sblm ni ,jadi cabin crew gak Tapi Tak pernah sekali pun layan passenger mcM segelintir mereka skrg ni ,Walaupun kita baru break up tetap Senyum and kerja Dengan ikhlas . Today rasa Lebih lebih lak,email complaint pun Tak jalan ,call complain pun Tak ambik peduli ,so macam mana kami nak Sampai kan complaint ke pihak yang kena ambik tahu ? Bukan sekali kena ,banyak kali !!sampai bag2 penumpang di tinggal kan kat KLIA tanpa bagitau apa apa ,sampai kat Perth kata Airline Tak upload baggage sebab overload , so kena tunggu 1 Hari utk Terima bag . Bila naik Pesawat some of teh Cabin crew layan and sembang Dengan passenger macam musuh negara , nak hidang Makan pun macam bagi sedekah. Bila cancel ticket Dengan PNR yang sama plak baggage Tak leh nak Tukar sebab POLICY . Ayoooo policy ambik duit passenger free2 ? Macam cakap Dengan robot!!! Tak ada common sense ,Tak ada timbang rasa Bila Tanya kata company policy . Teruk sangat policy ni.. dah lama malas naik airline ni sebenarnya sebab benda2 macm ni laa… nasib baik ada option air asia & @malaysiaairlines , skrg harap2 pihak atasan nampak Kami ni.. sebab email,call Tak layan..terpaksa laaa guna cara ni. Bukan saja ILYA ,ramai lagi kat luar sana nk smapi kan semua ni .aiyoooooooo Ini luahan hati seorang passenger and ex crew pada airline ini. Harap ambik tindakan . Tolong laa.. @malindoair

A post shared by Raja Ilya (@rajailya) on

Berkongsi pengalaman buruk yang pernah dilalui sendiri semasa menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan yang sama, bagasi Ilya pernah ditinggalkan di KLIA tanpa dimaklumkan kepadanya. 

“Bukan sekali kena, banyak kali! Sampai beg-beg penumpang ditinggalkan di KLIA tanpa beritahu apa-apa. Sampai di Perth, kata tak masukkan bagasi kerana lebih muatan dan kena tunggu satu hari untuk terima beg.

“Bila naik pesawat, segelintir krew penerbangan layan dan sembang dengan penumpang macam musuh negara, nak hidang makanan pun macam bagi sedekah,” luah Ilya lagi. 

Meninjau ke ruangan komen, ramai rupanya yang mengalami nasib yang sama apabila aduan mereka tentang masalah yang dihadapi tidak diendahkan. 

Apa-apa pun jangan lah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Mungkin nasib Ilya sering mendapat krew yang tidak menjalankan tugas dengan sebaiknya, tapi mesti tak semua begitu..betul tak?  

Moga syarikat penerbangan tersebut mengambil serius aduan Ilya dan mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka ya? 

Terdahulu, pelakon yang popular melalui drama Love You, Mr Arrogant ini mendirikan rumahtangga dengan seorang warganegara Australia bernama Trent Garret (38) pada Disember 2018. 

Baca: “I Said Yes!”- Raja Ilya Dedah Status Terkini

Baca: Cantiknya! Raja Ilya Kongsi Gambar Pertama Selepas Bergelar Isteri

Baca: Bahagia Bergelar Isteri, Raja Ilya Sarankan Peminat Kahwin Bila…

Kredit Foto: Instagram @rajailya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 4 Oct 2022
Hiburan Wed, 5 Jun 2019

‘Kehilangan Masih Terasa’- Jalaluddin Hassan Sebak Rai Syawal Tahun Ini

Walaupun sudah beberapa bulan arwah pergi, kehilangannya masih terasa…

Hiburan Mon, 15 Jan 2018

Kilafairy Lancar Single Dengan Artis Antarabangsa

Untungnya dapat lancar single baru dengan artis antarabangsa, siapakah insan itu?

Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Cantiknya Kekasih Baru Ismail Izzani!

Mail juga kelihatan sering memuatnaik gambar mereka bersama dengan posing yang sangat manja dan mesra. Siapa gadis bertuah itu?

Hiburan Wed, 11 Dec 2019

Penyanyi Roxette, Marie Fredriksson Meninggal Dunia

Terkenal dengan lagu hitnya, ‘It Must Have Been Love’ akhirnya pergi juga pada usia 61 tahun

Hiburan Sat, 14 Jul 2018

TIME Beri Amaran Kepada Telekom Malaysia

Awal minggu ini, kita dihidangkan dengan pengumuman berkenaan pakej unifi Turbo daripada Telekom Malaysia(TM) kepada semua pelanggan mereka. Ia tentunya merupakan satu berita yang amat menggembirakan pengguna internet di Malaysia yang sudah lama mengidamkan internet yang lebih

Events Wed, 9 Jan 2019

HAHA Dan Kim Jong Kook Buat Konsert Di Malaysia?

Haa, apa tunggu lagi peminat Sparta dan HAHA jangan menangis pula kalau tak dapat pegi konsert ye. Kami dah tolong war-war kan ni!

| Live TV

error: Content is protected !!