Featured By: Maya Basir February 3, 2023 @ 5:32pm

“Saya Manusia Biasa, Saya Juga Mahu Berhibur…” – Irma Hasmi Akui Banyak Perlu Diperbaiki, Anggap Ujian Penghijrahan

Pelakon Irma Hasmie memberitahu penghijrahannya adalah proses yang berterusan.

Memetik laporan Utusan, dia mengakui tidak mudah untuk kekal istiqamah ke arah kebaikan dan perlu sentiasa mencari ilmu untuk memperbaiki diri.

“Nampak penghijrahan ini sudah lama, tetapi sebenarnya banyak lagi yang perlu saya perbaiki. Ilmu (agama) itu luas, masih banyak yang kita tidak tahu.

“Selepas belajar sesuatu ilmu, kita kena amalkan dan istiqamah. Perkara itu ada naik turunnya.

“Istiqamah bukan mudah kerana iman kita sentiasa diuji. Ia bergantung kepada komitmen kita untuk mengimbangi antara dunia dan akhirat,” ujarnya.

Menurutnya, dia sangat bersyukur memiliki kawan-kawan yang sentiasa menyokong dan mengingatkan ke arah kebaikan.

“Proses perubahan ke arah kebaikan bagi saya tidak pernah habis, ia sentiasa berjalan. Ia tidak mungkin habis, malah perjalanan itu masih terlalu jauh.

“Saya manusia biasa, ada masanya saya juga mahu berhibur dan berseronok. Tetapi, berpada-padalah dan perkara itu memang ujian.

“Penghijrahan ini dikuatkan dengan sokongan kawan-kawan. Ada kala jika kita terleka atau terlepas ke majlis ilmu contohnya, mereka yang banyak mengingatkan.

“Saya bersyukur kerana ada rakan-rakan yang sentiasa mengingatkan saya tentang agama. Mereka adalah penguat yang mendorong saya ke arah kebaikan,” katanya.

Tambah Irma, sebagai seorang mukmin sudah menjadi tanggungjawab untuk mengajak insan lain ke arah kebaikan namun cara yang terbaik adalah dengan memberi teladan yang baik dan perbaiki diri sendiri.

“Memang kita mahu mengajak kawan-kawan ke arah kebaikan, tetapi ada cara melakukannya. Kita bukan sempurna, tetapi kita boleh cuba menunjukkan contoh yang baik.

“Dakwah boleh dilakukan dengan pelbagai cara, ada yang tidak perlu menggunakan kata-kata. Cara paling baik adalah dengan memperbaiki diri dan cuba menjadi tauladan kepada orang lain,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 11 Dec 2019

Video Lucah Tular, Ini Jawapan Zul Arrifin!

Teknologi sekarang makin canggih. Selapas ahli politik, Zul Ariffin pula menjadi mangsa ‘DEEPFAKE”.

Events Fri, 3 Jun 2022
Hiburan Tue, 2 Apr 2019

Bakal Nikah Sabtu Ini, Bapa Aman Nassim Kini Sakit Tenat

Semoga urusan Aman dan bapanya dipermudahkan Allah SWT, Amin…

Featured Thu, 21 Apr 2022

Warga OKU Malaysia Dihukum Gantung 27 April Ini Di Singapura

Semoga ahli keluarga mangsa tabah dan kuat..

Trending Tue, 14 Dec 2021

Ambil Pekerja Orang Kurang Upaya, REV Media Group Terima Anugerah Majikan Prihatin

REV Media Group (dahulu dikenali sebagai Media Prima Digital Sdn Bhd) telah dipilih sebagai salah satu penerima anugerah ‘Majikan Prihatin’ oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini di atas usaha mengambil Mohd Akmal Bin Shapii,

Hiburan Thu, 19 Sep 2019

Cinta Sharnaaz Ahmad Kembali Bertaut?

Mungkinkah ada sinar bahagia…?

Hiburan Thu, 9 Jan 2020
Featured Thu, 30 Jun 2022

[VIDEO] Pembantu Pulang Ke Kampung Halaman, Eina Azman Sedih! – “Saya Macam Lost Kejap”

Alahai min pun sebak tengok video tu 😥 Bukan senang nak dapat majikan dan pekerja baik macam tu kan?

Featured Thu, 6 Sep 2018

Adakah Anda “Spesis” Tidur Pun Nak Cantik? Baik Anda Segera Ubah Tabiat Anda

Pastikan anda membersihkan kulit wajah, tanggalkan gincu dan maskara terlebih dulu sebelum tidur.

| Live TV