Hiburan By: SGMS Faida April 28, 2018 @ 6:05pm

Gelaran Sayang? Saya Masih Panggil Dia Awi

Pelakon Atikah Suhaime yang merupakan tunang kepada penyanyi Awi Rafael mengaku kehadiran lelaki itu banyak memberi impak positif dalam dirinya.

“ Dia mahu saya berjaya dalam apa jua saya lakukan dan sikap positif Awi yang membuatkan saya begitu tertarik dengannya.

“ Dia sangat bijak menggunakan peluang yang ada di depan mata dan itu yang saya mahu pelajari daripadanya,” katanya yang masih mengekalkan panggilan kepada tunangnya dengan gelaran ‘Awi’.

Dalam nada berjenaka, Atikah memberitahu dia memanggil Awi dengan panggilan sayang ketika meminta bantuan. Masih malu-malu lagi ya…

Dalam masa sama, Pelakon filem Pencuri Hati Mr Cinderella ini mengakui dia berasa lebih tenang selepas bertunang.

Awi banyak memberi kekuatan dan semangat ketika dia berada saya dalam keadaan putus asa. Alhamdulillah…

“Masa saya hilang arah tujuan dan tidak tahu mana nak pergi. Sekarang saya sudah nampak kembali jalan hidup dan arah kerjaya saya,” ujar pelakon berusia 25 tahun ini.

Kalau dilihat pada aktiviti Atikah di laman sosialnya, dia sering berulang-alik ke Jakarta, baru-baru ini.

Ini kerana Atikah bakal memulakan penggambaran filem Indonesia berjudul Antologi Rasa dalam masa terdekat.

Good Luck Atikah, semoga persiapan menuju gerbang perkahwinan bersama Awi berjalan lancar ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Saham Media Prima Bhd Meningkat

Syarikat berkenaan sebelum ini menyatakan bahawa anak syarikat yang dimiliki sebanyak 98.2 peratus, New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), mengadakan tiga perjanjian jual beli bersyarat dengan PNB Development untuk cadangan penjualan hartanah berkenaan.

Featured Fri, 30 Jul 2021

11 Kes Positif COVID-19 Di Parlimen Semalam

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 11 kes positif Covid-19 telah dikesan hasil pemeriksaan ke atas 1,183 individu yang hadir di Parlimen sepanjang tempoh Sidang Mesyuarat Khas Parlimen semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr.

Hiburan Tue, 4 Jun 2019

黄浚维领奖学金赴中国深造!获中国流行乐大师班认证

黄浚维领奖学金赴中国深造,获中国流行乐大师班认证「四科状元」流行音乐教育家。

Featured Fri, 28 Oct 2022

Scha Elinnea Bengang Dengan Produksi – “Lama Dah Bersabar Dengan Tempat Toksik Ni”

Hmm dah banyak kali jugak dengar produksi tak jaga kebajikan pelakon ni

Hiburan Sun, 17 Feb 2019

Shila Amzah Hamil Anak Pertama

Tahniah Shila & Haris!

Featured Tue, 7 Feb 2023
Events Sat, 24 Sep 2022
Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Maher Zain Rakam Dua Lagu Baharu Tahun Ini

Korang dah dapatkan tiket ke belum? Dapatkan tiket di www.tixmalaysia.com.

| Live TV