Hiburan By: SGMS Faida July 31, 2019 @ 12:26pm

‘Saya Minta Maaf’- Ara Johari

Penyanyi, Ara Johari mohon maaf atas tindakannya memuatnaik cabaran menggabungkan durian dan mi segera pedas dalam satu di Instagramnya, baru-baru ini.

Kata Ara kepada Xtra, dia tidak sedar tindakannya itu membuatkan ramai pihak risau dengan kesihatan dirinya.

“Saya ingin memohon maaf kepada anda semua yang risau akan kesihatan diri saya selepas melihat video cabaran makan durian bersama mi segera pedas itu.

“Justeru itu, saya turut mengambil langkah untuk lebih berhati-hati pada masa hadapan supaya tidak mencuba sesuatu yang boleh memudaratkan kesihatan lagi.

“Sebenarnya, video cabaran itu tidaklah seteruk seperti yang digambarkan kerana elemen drama ditambah bagi menambahkan kesan apabila ditonton. Contohnya seperti ada ambulans dan sebagainya, mungkin itu yang menambahkan kerisauan ramai.

“Dalam masa yang sama, saya juga berharap tiada yang mengikut trend gabungan makanan ini. Kesannya juga mungkin berbeza mengikut individu, jadi saya mohon kepada orang ramai untuk tidak meniru aksi dalam video cabaran berkenaan,” katanya.

Video Ara menyahut cabaran makan mi segera pedas bersama buah durian bukan sahaja menerima reaksi netizen, malah turut mengundang komen daripada rakan selebriti.

Mengulas mengenai perkembangan kerjaya, Ara berkongsi keterujaan bakal menyerikan jelajah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH32) yang bakal berlangsung di Johor Bharu pada 3 Ogos ini.

“Alhamdulillah…Saya bersyukur dicalonkan dalam kategori Penyanyi Wanita Popular untuk ABPBH kali ini dan berharap ada rezeki untuk berada dalam Top 5. Insya-Allah, saya percaya peluang ini dapat menaikkan nama saya untuk berkembang lebih jauh dalam bidang nyanyian.

“Tidak sabar hendak turun padang berjumpa dengan peminat di Johor pada hujung minggu ini. Selain saya, ada beberapa artis lain yang turut serta bagi memeriahkan jelajah ABPBH32,” kata Ara.

Oleh: Zaara Talita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Mar 2018

Finally, FattZura Ada Hadiah Buat Peminat?

Seramai 5000 peminat bertuah bakal dijemput ke majlis pasangan ini yang bakal diadakan di Royal Palace, Shah Alam. Majlis ini diadakan untuk menghargai peminat yang sering menyokong Fattah Amin dan Fazura

Hiburan Thu, 4 Oct 2018

Tupac is Alive and in Malaysia???

A video footage of Tupac in Malaysia is going viral right now.

Hiburan Tue, 15 May 2018

Rumit! Armin Pasang Syarat Untuk Cerai

Saya bersetuju untuk bercerai dengan baik tetapi dengan syarat saya dibenarkan untuk bertemu anak-anak saya…

Hiburan Mon, 31 Dec 2018

‘Jaa Miliki Ciri Lelaki Pilihan Saya’, Eyka Farhana Mula Jatuh Hati?

Alahai…comel je tengok pasangan ni kan? Sama kecil, sama padan…

Events Fri, 11 Feb 2022
Hiburan Mon, 1 Oct 2018

“Good Music Can Be Accepted Anywhere but Not in Malaysia…”

Award-winning singer slams Malaysian music scene.

Hiburan Thu, 31 Oct 2019

韩国天团 EXO五巡!1214引爆吉隆坡亚通体育馆

韩国超级天团EXO五巡《EXO PLANET #5 – EXPLORATION》即将今年12月14日,傍晚6时,引爆吉隆坡亚通万人体育馆!

| Live TV