Hiburan By: SGMS Faida September 29, 2018 @ 10:16am

‘Saya Mualaf’ Bawa Tuah Buat Da’i Adam, Tahniah!

Tahniah buat Da’i Adam yang membawa gelaran juara program Da’i Pendakwah Nusantara Musim Keenam. Alhamdulillah.

Selepas 10 minggu berada di dalam program berkenaan, Da’i Adam atau nama penuhnya Muhammad Adam Muhibbullah Abdullah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM60,000, dua tiket umrah tajaan Almas Beauty & Health Sdn. Bhd. berserta sebuah trofi. 

Pemuda yang merupakan mualaf dan berusia 26 tahun ini memukau hadirin yang ada di dalam studio Sri Pentas 2 dengan persembahan menyentuh jiwa.

Pusingan pertama dengan tajuk dakwah Bangkit Anak Muda manakala Saya Mualaf pada pusingan kedua.

Sementara itu, Da’i Imran yang membawakan persembahan berjudul Agihan Zakat dan 26 Hari Tanpa Peperangan diumumkan sebagai pemenang tempat kedua membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, satu tiket umrah tajaan Almas Beauty & Health Sdn.Bhd. berserta sebuah trofi. 

Da’i Haziq membuat persembahan dengan tajuk Haiwan Berhak Hidup dan Intelektual & Ulama’ berada di tempat ketiga sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 dan RM2,000 serta produk Almas tajaan Almas Beauty & Health Sdn. Bhd.

Dalam pada itu Adam dan Haziq masing-masing turut diangkat sebagai Da’i Pilihan Almas dan Da’i Pilihan Penonton.

Pentas akhir malam tadi turut diserikan dengan persembahan istimewa oleh penyanyi Tomok dan Aizat Amdan.

Pentas Da’i  dikendalikan oleh pengacara, Datuk Rosyam Nor dan Da’i Izzhar. 

Keputusan sebanyak 80 peratus diadili oleh juri tetap iaitu Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail manakala 20 peratus lagi daripada Murabbi Harryanto Rizal Rokman dan Fakhrul Radhi Khamarudin. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 8 Dec 2018

Natasha Hudson Kahwin Kali Keempat, Ini Pesan Si Adik Buat Netizen

Selamat Pengantin Baru Natasha Hudson dan suami. Semoga perkahwinan kalian kekal hingga ke jannah…

Figura Tue, 26 Mar 2024

Safee Sali Mengaku Dah Kahwin Wanita Lain – “Bagi Saya Yang Halal Tiada Salah”

Safee banyak muhasabah, akui tak lepas dari buat silap

Hiburan Thu, 19 May 2022

Masih Laku Di Usia 51, Eizlan Yusof Terkejut Dapat Tawaran Lumayan

Eizlan Yusof bakal jadi duta sebuah syarikat gergasi

Featured Wed, 7 Jun 2023
Hiburan Wed, 1 Aug 2018

泰星小鲜肉Lee和女神Mook 10日来马宣传

泰剧《我亲爱的失败者之怪物浪漫》男女主角小鲜肉Lee及女神Mook,将于8月10日来马展开2天1夜的浪漫宣传之旅。

Featured Wed, 25 May 2022