‘ Saya Mungkin Tidak Layak, Tapi Atas Izin Allah,’ Wany Hasrita Luah Rasa Lepas Menang Besar

Kemenangan penyanyi Wany Hasrita sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 31 mungkin mengejutkan sesetengah pihak.

Penyanyi wanita popular itu tidak berhenti mengucapkan terima kasih kepada kelab peminatnya terutama The Nizers yang mengundi dari awal lagi.

Ternyata rezeki tak pernah salah alamat kan? Walaupun merupakan pendatang baru dalam bidang nyanyian, Wany yang bebas segala kontroversi dan disenangi ramai pihak membuatkan dia berjaya menenggelamkan nama-nama besar malam tadi.

“ Kemenangan ini terlalu besar buat saya. Apapun, Syukur Alhamdulillah, Allah SWT izinkan & terima kasih banyak pada  ABPBH 31, Media Prima, wartawan-wartawan yang tak putus beri nasihat dan tunjuk ajar.

“ Kepada FMC Music family, keluarga dan teman yang sentiasa dengan Wany baik buruk dan tak putus asa dengan Wany. Dan yang teristimewa buat @wanyhasnizers, tak mampu Wany nak balas semua yang anda korbankan masa dan tenaga kerana nak tengok Wany menang sesuatu,” tulisnya di laman Instagram, sebentar tadi.

Wany juga mengaku anugerah ini mungkin tidak layak buatnya jika dibandingkan dengan pencapaian sedia ada namun atas keizinan Allah, segalanya tidak mustahil.

” Doakan Wany terus memperbaiki diri dan dapat memberi segalanya yang positif dan baik untuk semua. Malam itu akan jadi malam paling manis tetapi mimpi ‘pelik’ untuk saya,” akhirinya.

SGMS Faida