Hiburan By: SGMS Faida February 19, 2019 @ 12:18pm

‘Saya Pantas Orangnya…’-Delilah Kadir Tolak Muzik Jiwang

Menggemari muzik rock, penyanyi baharu Delilah Kadir mengakui dia bukan wanita yang memiliki karakter ‘jiwang’.

Malah wanita berusia 32 tahun ini memilih membawakan muzik genre rock dalam single pertamanya berjudul Anti Cinta.

“ Saya orang yang pantas. Sesuai dengan muzik pilihan saya yang laju dan bersemangat. Selain itu saya gemar sesuatu yang gothic. 

“ Sejak remaja lagi saya sudah biasa mendengar dan menyanyikan lagu genre begini. Bukan dibuat-buat tetapi memang jiwa saya ‘keras’,” katanya kepada XTRA.

Akui wanita kelahiran Negeri Sembilan ini, dia berasa kehadirannya dalam bidang seni masih belum terlambat walaupun usianya kini mencecah 30 an.

“ Prinsip saya, biar lambat asalkan konsisten dalam apa jua bidang diceburi. Lihat pada presiden Amerika Syarikat, beliau menyandang jawatan presiden di usia 70 an. 

“ Kejayaan datang tanpa syarat, saya bersedia menawan muzik tempatan dengan Anti Cina. Tajuknya mungkin kedengaran pelik tetapi saya percaya anda yang sering kecundang dalam percintaan pasti sukakannya,” akhiri Delilah. 

Anti Cinta mengisahkan seseorang yang hati dan perasaannya telah menjadi kalis cinta setelah dikhianati berkali-kali oleh pasangannya.

Lagu ini boleh didengarkan menerusi streaming online seperti JOOX, Spotify, iTunes, KKBOX, Deezer dan lainnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Gitaris Aji, Meninggal Dunia Sehari Selepas Sambut HariJadi Ke-50

Selepas arwah Kelly, kini industri muzik kehilangan Aji pula.

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

Gimik Tak Sama, Janganlah Samakan Kami…

Bukan nak cakap saya betul tapi saya hanya guna gimik bercinta. Kalau topik depresi agak serius dan tak boleh buat main-main…

Featured Wed, 15 Nov 2023
Hiburan Tue, 26 Feb 2019

Bintang Bersama Bintang 2019 tampil dengan wajah baru. Undian di Xtra bermula Mac ini!

Tahun baru, wajah baru! Nampaknya, rancangan Bintang Bersama Bintang kembali menghiburkan penonton TV3 pada tahun ini dengan menampilkan hos baru, peserta baru, juri baru dan pastinya lawak yang lebih menghiburkan penonton.

Events Tue, 14 Jun 2022

Yakin Mahu Ganti Justin Bieber Buat Konsert, Iqbal Zulkefli Dicemuh Netizen – “Saya Syorkan Pendam Je Bakat Tu”

Alahai netizen pun, Iqbal bergurau je tu 😂 Tapi kalau betul Iqbal nak ganti Justin Bieber korang nak pergi tak konsert? 🤪