Hiburan By: Padin July 5, 2022 @ 9:13pm

“Saya Pun Belum Lagi Bergelar Jutawan, Tapi…” – Putera Amaris Nak Kaya Demi…

Pelakon dan penyanyi Putera Amaris atau nama sebenarnya, Amran Ismail, 37, ingin meneruskan usaha untuk bergelar ‘orang kaya’ demi menyalurkan bantuan terhadap lebih banyak golongan memerlukan.

Empat tahun berkecimpung dalam kerja amal dan mempunyai pasukan sendiri, Amaris mahu lebih banyak menabur bakti terhadap mereka yang memerlukann.

“Saya tidak pernah berhenti berdoa agar Allah SWT mengurniakan rezeki yang melimpah ruah supaya sasaran untuk membantu mereka yang memerlukan dapat dicapai.

“Saya buat kerja amal atau infaq ini, semuanya kerana Allah SWT dan demi nak membantu orang susah. Untuk itu, saya memang tetapkan dalam diri dan kepala ‘aku kena kaya’ supaya boleh membantu lebih ramai orang yang memerlukan.

“Dalam masa sama, saya bertuah kerana isteri juga adalah tulang belakang dan pemberi semangat kepada saya dalam menggerakkan program infaq, bersama-sama dengan pasukan sendiri.

“Saya pun belum lagi bergelar jutawan. Tetapi saya berdoa dan mengharapkan doa semua orang agar saya dikurniakan rezeki lebih untuk sama-sama saya kongsikan dengan orang yang susah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen Pelaris Challenge by Soleque Cosmetics baru-baru ini.

Amaris yang dilantik sebagai ikon kempen itu masih meneruskan kerja amal terdahulu menerusi kempen Sama-Sama Kenyang dengan kerjasama Pertubuhan Dapur Pasak Kuala Lumpur (Dapur Pasak).

“Walaupun tanggungjawab kini bertambah menerusi kempen Pelaris Challenge ini, ia tak membuatkan saya rasa penat atau terbeban pun. Malah, rasa seronok dan teruja sebab ia juga berkaitan dengan program infaq dan amal khususnya golongan bumiputera.

“Saya tak cukup rehat atau tak cukup tidur pun tetap saya nak buat. Mudah-mudahan Allah panjangkan umur untuk saya teruskan kerja-kerja amal ini dan harap Dia juga izikankan yang terbaik untuk usaha-usaha yang dijalankan.

“Mengenai Pelaris Challenge, ia adalah usaha sama di antara saya dengan Soleque Cosmetics Malaysia dan Persatuan Aspirasi Primadona Putrajaya. Ia digerakkan selama sebulan dan akan berakhir pada 3 Ogos depan.

“Ia adalah cetusan idea daripada Soleque Cosmetics untuk membantu dan memberi peluang kepada rakyat Malaysia terutama golongan wanita muda dalam menambahkan pendapatan dan kewangan.

“Program ini menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM500,000. Pemenang akan diumumkan selepas tamat program. Pendaftaran boleh di buat di www.pelaris-challenge.com,” katanya.

Seiring dengan penganjuran itu, turut digerakkan ialah Program Infaq Wanita Muda Soleque x Putra Amaris dalam usaha membantu wanita muda, ibu tunggal dan golongan B40 yang memerlukan dengan meliputi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Dec 2019

Da’i Farhan Ceraikan Isteri Pertama

Laporan polis telah dibuat oleh ahli keluarga.

Hiburan Fri, 20 Jul 2018

Jurnal Minggu 1 : #daiTV3 Bawa Kelainan?

Jurnal #daiTV3 cipta kelainan. Nak tahu apakah agaknya kelainan yang akan dibawakan kepada bakal pendakwah kita? Sila baca artikel ini.

Featured Fri, 24 Feb 2023
Featured Wed, 15 Feb 2023
Hiburan Sun, 17 Jun 2018

BLACKPINK’s Members Start Their Own Instagram Accounts!

Here’s 4 new accounts you have to follow.

Hiburan Fri, 11 Oct 2019

坚守岗位12年!Jym庄靖毅告别电台往梦想出发

Jym庄靖毅在电台值班长达12年后,决定踏出自己的舒适圈,宣布即将告别DJ生涯,将于10月25日进行最后一次当班。

Hiburan Mon, 29 Jan 2018

Sporting habis ayah Yuna, cayalah!

Bapa Yuna, Datuk Indera Mat Zara’ai Alias membuat kejutan dengan menghadiahkan 2 buah lagu untuk anak beliau sewaktu majlis persandingan

error: Content is protected !!