Hiburan By: SGMS Faida July 24, 2019 @ 12:51pm

‘Saya Putus Cinta’- Najwa Latif

Penyanyi Najwa Latif mengaku berat badannya naik yang menyebabkan dirinya berisi selepas putus cinta.

Kata penyanyi berusia 24 tahun ini, dia bersyukur dikelilingi sistem sokongan kuat daripada keluarga dan rakan-rakan yang cukup baik.

“Mereka banyak mengingatkan Wawa untuk seronok dalam apa yang Wawa buat. Wawa putus cinta time Master. That explains my weight yang korang banyak sangat sebut tu.

“Saya bersyukur, I have my family, abang Azahari (my best manager), my good friends yang believe and encourage me to finish whatever that I’ve started,” tulisnya di Instagram.

Berkongsi kisah lama, Najwa yang lebih mesra dipanggil Wawa memberitahu dia pernah memberitahu ibunya untuk berhenti sekolah ketika berada di tingkatan empat.

“Who would have thought this girl yang pernah cakap dekat mama “Wawa nak kerja ma. Wawa tak nak sekolah dah. Wawa taknak belajar” time form 4 dulu ended up dapat result sem last master dia yang dia dapat today.

“The best thing yang happened this morning was I called my mom and told her about my results, she said “Alhamdulillah. Thank you Wawa. Mama happy.,” kata Wawa yang menangis mengenangkan hal itu.

Dalam masa sama, penyanyi Cinta Muka Buku ini juga melihat pengalaman lepas sebagai ‘guru’ dalam kehidupannya.

“You see, when you feel like banyak benda you dah plan takjadi, have faith. Allah tahu yang terbaik. Look around. Bersyukur. Usaha cari. Banyak nikmat Allah bagi. Kita nak nampak atau tak je.

“Kalau semua orang rasa korang tak cukup bagus for them, you don’t have to prove to them. Prove to yourself that you are enough. While I’m writing this, Wawa masih takda boyfriend lagi when kawan kawan Wawa ada yang dah ada boyfriend, tunang, kahwin, ada anak.

“Tapi guess what? Berkat doa semua orang, Wawa habis master, grad this year In shaa Allah. So, takda boyfriend takpa, tapi Wawa dapat nampak 4 for the first time dalam hidup ni,”ucapnya syukur.

 
 
 
View this post on Instagram

Who would have thought this girl yang pernah cakap dekat mama “wawa nak kerja ma. Wawa taknak sekolah dah. Wawa taknak belajar” time form 4 dulu ended up dapat result sem last master dia yang dia dapat today. The best thing yang happened this morning was I called my mom and told her about my results, she said “alhamdulillah. Thank you wawa. Mama happy.” I crryyyy. Bila everyone cakap I won’t make it. I believe them and wawa bukan jenis nak prove I’m best dekat semua orang. But, I work with what I have. Fortunately, I have my family, abang azahari (my best manager), my good friends yang believe and encourage me to finish whatever that I’ve started. They also remind me to have fun dalam buat apa wawa buat. Wawa putus cinta time master. That explains my weight yang korang banyak sangat sebut tu. ? Tapi korang nak tahu apa Tuhan bagi lepastu? Peluang untuk bernafas and cuba jadi lebih baik lagi. Family yang percaya pada wawa when wawa takpercaya diri wawa. Kawan kawan yang sangat sangat baik (terima kasih tolong, reply whatsapp bila wawa tanya pasal project paper even pukul 1, 2 pagi). Supervisor yang paling cool dalam dunia ni (Dr Rashid, if you’re reading this, thank you!). Students yang banyak perangai tapi best. (thank you for helping me to see life as fun as it is) You see, when you feel like banyak benda you dah plan takjadi, have faith. Allah tahu yang terbaik. Look around. Bersyukur. Usaha cari. Banyak nikmat Allah bagi. Kita nak nampak atau tak je. Kalau semua orang rasa korang takcukup bagus for them, you don’t have to prove to them. Prove to yourself that you are enough. While I’m writing this, wawa masih takda boyfriend lagi when kawan kawan wawa ada yang dah ada boyfriend, tunang, kahwin, ada anak. Tapiii guess what? Berkat doa semua orang, wawa habis master, grad this year In shaa Allah. Soo, takda boyfriend takpa, tapi wawa dapat nampak 4 for the first time dalam hidup ni. Heheheheh. Alhamdulillah. I know I rarely say this tapi Mama, Ayah, Wawa harap I make you proud this time. Walaupun cuma dari jauh. Thank you sebab selalu doakan wawa. ? #captionwawapendekjegradnanti #tahuannoyinggilabacaessaycamni #donejadihater

A post shared by OfficialNajwaLatif (@njwalatif) on

Najwa baru sahaja menamatkan pengajian Sarjana dalam bidang Pendidikan dengan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya (UM).

Tak apalah, patah tumbuh hilang berganti kan Wa? Ada jodoh lebih baik menanti di depan…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 15 Jun 2019

#DramaRaya2019 : Pertaruhan Antara Duniawi Dan Akhirat Dalam Dosa Yang Tak Diiktiraf

Saksikan pertaruhan antara duniawi dan ukhrawi dalam Dosa Yang Tak Diiktiraf..

Hiburan Sat, 4 Aug 2018

Erma Fatima Impi Mak Cun Ke Layar Lebar

Saya juga memasang impian untuk membawa drama Mak Cun ke filem atau animasi pula selepas ini. Doakan, semuanya masih dalam perancangan. Insha Allah, kalau ada rezeki boleh kita tengok Mak Cun di panggung wayang pula!

Hiburan Sun, 28 Oct 2018

Netizen Tersenyum Bila Erma Fatima Bawa Ibunya Beli Telefon

Video penuh dengan komen mencuitkan dari netizen. Tak percaya cuba tengok

TECH Wed, 16 May 2018

Harga Langganan Untuk Khidmat Storan Google Kini Lebih Berpatutan

Google One yang terbaru dan terkini dari Google , apa yang menarik tentang Google One kenalah baca

Hiburan Sat, 18 Jan 2020

‘NiNiNi’ Gabung Muzik Rempit, Hip Hop?

Abubakarxli sentiasa sentiasa dapat apa yang dia mahu dan dia mahukan segalanya!

Hiburan Sat, 3 Mar 2018

Saya Tidak Suka Tonjol Kehidupan Peribadi

Dalam masa sama, Bront juga tidak merancang untuk mewujudkan akaun media sosial untuk anaknya.

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

BLACKPINK Duet Bersama Dua Lipa, Peminat Kpop Pastinya Teruja

Lagu berjudul Kiss And Make Up ini adalah hasil pertemuan mereka ketika berada di Seoul, Korea

Hiburan Mon, 19 Mar 2018

Dilabel Perempuan Jahat, Fatin Afeefa Minta Wanita Tersebut Dedahkan Diri

Bagi membuktikan perkara yang sebenar, Fatin turut mencabar wanita tersebut agar mendedahkan dirinya kepada umum. Kerana, dengan hanya berbuat demikian sahaja dapat mengesahkan bahawa berita tersebut adalah benar atau sebaliknya

LIFESTYLE Mon, 7 Jan 2019

Emperor Jewellery’s Launch Saw Some of the Hottest Hong Kong Stars

The shop is now open in Pavilion, Kuala Lumpur!

| Live TV