Hiburan By: Del14 December 15, 2019 @ 4:11pm

“Saya Ampunkan Segala Dosa Anak Saya. Selama 20 Tahun Tak Pernah Tinggikan Suara Kepada Saya” – Nora

Penyanyi Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah binti Ariffin pada mulanya enggan membenarkan bedah siasat dilakukan ke atas anaknya, Allahyarham Muhammad Syakir Alif Johan (20 tahun) yang menemui ajal secara mengejut, pagi semalam. 

Walau bagaimanapun, kerana arwah meninggal pada usia muda dan di rumah, dia akur dengan saranan keluarga dan mengikut prosedur polis.

“Jika diikutkan, saya tidak mahu membenarkan bedah siasat dibuat ke atas Alif.  Sama juga ketika suami, Allahyarham Johan Nawawi meninggal dunia, dua tahun lalu. 

“Namun, selepas membuat pertimbangan termasuk arwah masih muda dan meninggal dunia di rumah, saya mengikut prosedur polis dan saranan keluarga. 

“Saya juga tidak tahu apa yang terjadi ketika itu.  Takut juga kalau arwah ambil ubat atau apa-apa yang memudaratkan. 

“Alhamdulillah, hasil siasatan, tiada apa yang pelik timbul (sebagai punca kematian).  Saya berpuas hati dengan apa yang dilaporkan pihak hospital…Cuma perkara ini masih dalam siasatan selanjutnya,” kata Nora kepada BH Online ketika ditemui di Masjid Kampung Tunku, hari ini. 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Alif yang merupakan anak kedua daripada empat beradik hasil perkahwinan Nora dan Johan Nawawi, dikatakan rebah dan tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia secara mengejut di kediaman keluarga mereka. 

Nora yang pada ketika itu sedang dalam perjalanan pulang dari Singapura dengan pesawat, berkongsi berita sedih itu di akaun instagramnya.

 
 
 
View this post on Instagram

??????

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

 

Penyanyi yang popular dengan lagu Dipersimpangan Dilema ini berkata, seperti yang dijelaskan oleh doktor, arwah berada dalam keadaan baik cuma jantungnya agak lemah ketika itu.

“Saluran darah arwah okay…Jantungnya dikatakan agak lemah dan gagal berfungsi sepenuhnya.  Juga ada kemungkinan seperti membengkak.

“Namun, akhirnya saya redha dan percaya sudah sampai ajal Alif,” katanya.

Sejurus disembahyangkan selepas Zohor, jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, untuk dikebumikan berdekatan dengan pusara arwah ayahnya, komposer Johan Nawawi yang meninggal akibat serangan jantung pada 24 Mac 2017.

“Saya ampunkan segala dosa anak saya. Selama 20 tahun, tidak pernah meninggi suara kepada saya. 

“Tiap-tiap hari dia akan bertanya khabar saya.  Anak yang selalu ingin lihat saya bahagia.

“Alif pergi jumpa papa ya?? Rehatlah di sana. Semoga Allah tempatkan Alif bersama orang-orang beriman.

“Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Tunku sekitar 3 petang. Akan dikebumikan di kubur Bukit Kiara, berhampiran dengan papanya…arwah Johan Nawawi.

“InshaAllah malam ini lepas Isyak, tahlil di Masjid Kg Tunku,” tulis Nora di dalam kapsyen entri terbaharu di akaun Instagramnya. 

Majlis pengebumian yang dihadiri keluarga, sanak saudara dan kenalan rapat, disempurnakan kira-kira jam 3 petang tadi. 

Arwah yang cenderung mengikuti jejak langkah Nora dan arwah suaminya di dalam bidang muzik, pernah tersenarai dalam 20 calon protege Mentor Milenia 2019 baru-baru ini.

Baca: Anak Nora Meninggal Dunia

Kredit Foto: Instagram @itsnoraariffin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 15 Jun 2019

Tak Kisah Pulangan, Awi Rafael Beramal Seikhlas Hati

Banyak program menarik disediakan di Great Amal Fest 2019 yang bakal berlangsung pada 23 Jun ini bermula jam 12 tengahari hingga 10 malam.

Hiburan Fri, 22 Nov 2019

Tiada Penangguhan Lagi, Farid Kamil Masuk Penjara

Semoga Datuk Farid Kamil dan keluarga tabah menunggu tempoh 9 bulan berlalu.

Hiburan Sun, 7 Apr 2019

‘Kongsi Mesej Yang Dikata ‘Friendly’ Itu,’- Fazura Kecewa Terima Tuduhan Tak Berasas

“ Saya mengalu-alukan Hans untuk berkongsi mesej tersebut yang dikatakan bersifat ‘friendly’ supaya orang ramai boleh membuat penilaian sendiri,” kata pelakon jelita Nur Fazura yang kecewa dengan kiriman teks diterima daripada Datuk Hans Issac berhubung […]

Hiburan Fri, 9 Mar 2018

Farid Kamil Didakwa! Tetap Pertahan Kenyataan

Farid ditemani oleh adiknya, Fadzil Zahari dan peguam, Faizul Mohd Nasir dilihat begitu tenang ketika sebutan kes dibacakan. Walaubagaiman pun, mahkamah juga membenarkan ikat jamin sebanyak RM2500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Mei depan untuk serahan dokumen.

TECH Tue, 18 Dec 2018

Lazada Saw 1.3 Billion Visits During 11.11 and 12.12 Sales

That’s a crazy amount of people visiting the website and app!

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

Ayda Jebat Kongkong Siapa ?

Ayda Jebat dikatakan mengongkong di atas dasar cemburu betul ke?

Featured Fri, 11 Nov 2022

“Terkejut! Cinta Muka Buku Kita Dah Off Market!” – Peminat Teruja Najwa Latif Dah Kahwin Dengan Akwa Ariffin

Wahhhhh! She dah kahwin! Selamat pengantin baru Najwa & Akwa ❤️❤️