Featured By: Salma Syahbuddin January 31, 2022 @ 2:00pm

“Saya Redha Dengan Izin Allah” – Anuar Zain Tidak Risau Soal jodoh

Lebih tiga dekad dalam industri, penyanyi popular, Anuar Zain mengakui beliau bersyukur dengan apa yang telah dikecapi sehingga kini.

Sejak bergelar penyanyi, pelbagai pahit manis dan asam garam telahpun dilalui, namun dia sedar bahawa itulah realiti kehidupan sebenar anak seni dalam industri hiburan tanah air.

“At the moment memang banyak rezeki alhamdulillah. Bersyukur dengan apa yang dilalui hari ini.

“Ya, memang ada ups and down, sweet and sour. Kadang-kadang kita perlu hidup dalam realiti. Dulu kita fikir nak promote album kita sehingga ke luar negarakan? Tapi semuanya bukan perkara yang mudah.

“Tapi saya cukup  berbangga dengan rakan-rakan artis yang berjaya menembusi pasaran laur negara. Alhamdulillah,” katanya.

 

“Kalau ada jodoh saya akan terima…”

Sementara itu, pelantun lagu Bila Resah ini juga menyedari di usia 52 tahun, soal jodoh antara yang sering diajukan kepadanya.

Namun, tidak risau dengan soal jodoh berkenaan, Anuar bagaimanapun menyerahkan segalanya kepada urusan Allah.

“Saya reda dengan izin Allah. Kalau ada jodoh itu saya akan terima. Jika tidak ada mungkin ada rezeki di sana,” katanya.

Menginjak ke usia 52 tahun, Anuar Zain atau nama penuhnya, Shahrul Anuar Zain, tidak menafikan bahawa setiap manusia itu dijadikan berpasang-pasangan tapi reda dan percaya bahawa apa yang diberikan oleh Allah itu lebih baik melebihi segalanya.

“Kita mesti tahu, Allah akan berikan hanya yang terbaik sahaja. Kita sebagai manusia always reda, alhamdulillah dan thankful dengan apa yang Allah beri.

“Kalau Allah izinkan, Allah akan izinkan no matter what,” jelasnya.

 

 

 

Sumber : Youtube TV3 Official Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 20 Mar 2020
Trending Tue, 8 Sep 2020

Cara Bayar Caruman Pekerja KWSP Secara Online

Jom tengok cara bayar caruman pekerja KWSP!

Hiburan Sat, 25 Aug 2018

集全球大马公民录《Sejahtera Malaysia》 MV完整版30日晚曝光

海外马来西亚子民共襄盛举,与大马国民一起庆国庆!耗时三个月集合来自25个国家的大马公民完成影片,8月30日倒数演唱会首度曝光。

Trending Mon, 25 Feb 2019

这款让人脸红「形状」项链竟在网上卖到缺货!

女子将项链设计成让人「脸红的形状」放上网路,大家竟然抢着要还卖到缺货先关店!

Featured Sat, 5 Nov 2022
error: Content is protected !!