Featured By: Maya Basir September 14, 2022 @ 5:24pm

“Saya Risau Dengan Keadaan Isteri” – Hazama, Isteri Tangguh Rawatan IVF

Penyanyi Hazama mendedahkan dia dan isteri, Genervie Kam terpaksa menangguhkan hasrat untuk membuat rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF) kerana sibuk dengan komitmen kerja.

Menurut Hazama, mereka sedang di dalam perancangan mencari tarikh sesuai pada tahun hadapan.

“Keadaan belum mengizinkan, tengah tunggu waktu yang sesuai sebab kami berdua buat masa ini masing-masing sibuk dengan kerja.

“Saya dengan kerjaya seni manakala isteri pula sibuk menguruskan perniagaan Asam Laksa. Rezeki selepas pandemik. Alhamdulillah.

“Saya rancang tahun depan, tahun ini selesaikan mana-mana bahagian yang perlu terlebih dahulu,” katanya.

Hazama ditemui semasa majlis pelantikan Duta Anti-Scam Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur, semalam.

Namun, Hazama meluahkan rasa risau dengan keadaan isteri yang semakin meningkat usia untuk melakukan rawatan tersebut.

“Isteri saya okay, tahun depan umurnya 43 tahun. Saya risau juga sebab ialah kita pun dengar orang kata bila usia 40 lebih ini risikonya agak tinggi.

“Jadi ada sedikit kerisauan di situ. Tapi doakan yang terbaik, kita dah cuba usaha, dah buat macam-macam,” katanya.

Tambahnya, dia tidak terasa hati apabila ditanya soal anak kerana berserah dengan ketentuan Allah yang masih belum kurniakan dirinya dan isteri zuriat.

“Sekiranya dikurniakan rezeki maka adalah, jika tiada, tiadalah. Tetapi saya redha dengan ketentuan yang Tuhan telah tetapkan.

“Bagi saya setiap kekurangan itu mesti ada kelebihannya dan begitulah sebaliknya. Jadi kita kena seimbangkan benda itu, kena sentiasa bersyukur,” jelasnya.

Pada masa sama, Hazama memberitahu tekanan untuk mempunyai anak selalunya datang daripada orang luar bukan keluarganya.

“Keluarga juga okay, tidak memberikan tekanan tentang perkara ini. Tekanan selalunya datang daripada orang luar.

“Saya tak ada masalah sebab anak buah saya ada empat orang, kadang-kadang duduk dengan saya. Mereka sudah saya anggap macam anak saya sendiri,” ujarnya.

Untuk rekod, Hazama dan Genervie Kam sudah mendirikan rumah tangga selama enam tahun dan berusaha mendapatkan anak melalui proses IVF.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 1 Dec 2020
Trending Thu, 2 Aug 2018

Bimbang Diancam Stalker, Pemandu Bas Berbaju Kalis Peluru Setiap Hari

Imre Marton, memakai baju kalis peluru itu setiap hari kerana bimbang pengendapnya, Charlie Howells, bertindak di luar kewarasan.

Featured Wed, 17 Aug 2022

#WhazzupNetizen: Elon Musk Prank Peminat MU, Trend Makan Tiram Mentah Harga Murah & Netizen Tak Setuju Syamsul Yusof Jadi Pengarah Mahsuri?

Peminat MU jangan kecewa ya kena scam dengan Elon Musk. Alamak, beraninya makan tiram mentah RM6 je! Eh, kenapa netizen tak setuju tu? Katanya air tangan Kabir Bhatia lagi mantap? Ini Tiga topik menarik dalam #WhazzupNetizen minggu ini!

Featured Fri, 17 Dec 2021

Gara-gara Pakai Seluar Dalam Wanita Sebagai Pelitup Muka, Penumpang Lelaki Dipaksa Keluar Dari Pesawat

Seorang penumpang lelaki dipaksa keluar dari sebuah pesawat di Florida selepas dia berkeras untuk memakai sehelai seluar dalam perempuan berwarna merah sebagai pelitup muka. Lelaki berkenaan, Adam Jenne, 38, diminta turun sebelum pesawat itu berlepas

Featured Tue, 24 Mar 2020

Rouge Hermès serlahkan kecantikan semula jadi wanita

Nak beli beg tangan tak mampu, dapat gincu pun jadilah!

Events Sat, 30 Mar 2019

MEERACLE Hadiah Mercedes-Benz Kepada Wakil Jualan

Produk penjagaan wajah Meeracle menghadiahkan kereta Mercedes- Benz kepada empat orang wakil jualan mereka, baru-baru ini. Pengasas MEERACLE, Puan Meera Nordin ketika ditemui di majlis penyerahan kunci mengumumkan empat orang wakil yang telah mencecah sasaran

Trending Wed, 24 Jul 2019

VMA 2019 is Under Fire when #VMAsRacist Trends on Twitter

They literally thought they did something, when in fact they did not! And fans weren’t having it.

| Live TV