“Saya Sangat Mudah Memaafkan, Tapi Untuk Bersua Muka Insya-Allah Tidak” – Adira Suhaimi

Penyanyi, Adira Suhaimi mendedahkan personaliti dirinya seorang yang pemaaf, namun sukar untuk bertemu dengan mana-mana individu yang pernah menyakiti hatinya.

Menerusi video temu bual bersama Lova Cosmetics HQ, Adira menjelaskan bukan niatnya untuk membenci tetapi dia memilih untuk untuk menjaga silaturrahim.

“Saya seorang yang sangat ‘easy going’, sangat lembut hati dan saya sangat mudah memaafkan tetapi untuk bersua muka Insya-Allah, tidak.

“Elakkan untuk bersua muka untuk menjaga silaturrahim sebenarnya, bukan sebab benci,” katanya.

Sementara itu, pelantun lagu Takdir Tercipta yang amat terkenal membuat aksi lucu di platform media sosial turut mengakui dia seorang yang mudah terhibur.

“Apa sahaja saya boleh, campaklah saya dalam hutan saya boleh hidup insya-Allah dan saya suka buat lawak.

“Saya pun suka sangat orang buat lawak, saya suka gelak “ ujarnya lagi.

Bagaimanapun, Adira juga mengakui karakternya di dalam dan luar kamera adalah sama.

“Sama, tapi kadang-kadang kita sorok yang teruk,” katanya.

Terdahulu, Adira nekad untuk berpisah dengan suaminya, Datuk Red yang difailkan pada 25 Oktober lalu.

Namun, proses Jawatankuasa Pendamai (JPK) pada 5 Mac lalu gagal, pasangan ini akan melalui proses hakam berlangsung pada 24 April ini.

Sekadar info, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayub, dua tahun.

Artikel Berkaitan: “Kau La Terpaling Tersakiti, Acah Mangsa!”- Dituduh Jahat, Status Adira Suhaimi Tuju Pada Siapa?

Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi & Madu Fail Cerai Serentak, Datuk Red Bertegas Pertahankan Kedua-Dua Rumah Tangga – “Kebetulan, Bukan Sepakat”

Artikel Berkaitan: Dipilih Jadi Model Wakili Malaysia, Anak Adira Suhaimi Sertai ‘Bangkok Kids International Fashion Week’

Aqilah Paharuzi